ANIMSI

home

Followers


Monday, 27 February 2012

ANWAR KENAKAN BADRUL AMIN???


Habis riuh rendah sakan berdendanglah cerita kunuunnya kes khalwat Penasihat Agama terulung PKR, Dr Badrul Amin adalah kerja konspirasi UMNO!

Betapa maksumnya pimpinan PKR…., mereka tidak melakukan sebarang dosa, mereka serba serbi lengkap most perfected leaders.  Lihat sahaja apabila Imam Mahdi mereka Anwar Ibrahim apabila terpalit dengan kes liwat dan video lucah membelasah China Doll…, siapa yang dipersalahkan…?  Jawapanya ialah Najib, Rosmah, UMNO, Polis, Hakim dan itulah dia jawapan standard untuk menutup segala kesalahan diri mereka sendiri..!

Berbalik kepada kes liwat Dr Badrul Amin bersama seorang wanita isteri orang yang terjadi di sebuah bilik Swiss Garden Resort Kuantan jam 2 pagi 26 Februari 2012.  Seperti skrip sudah tersedia untuk dibacakan…. Siapa yang disalahkan..?  Kali ini Jabatan Agama Islam Pahang JAIP yang duduk dalam kerajaan negeri pentadbiran UMNO-BN Pahang.


 Panaaass….! 
“Sebenarnya yang kenakan Badrul Amin nie orang dalam PKR jugak…”

“Mereka dah fed up dengan Badrul Amin yang makan gaji buta sebagai Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor.  Tak ade ape pun yang dia buat…”  jelas seorang sahabat dari pimpinan PKR Selangor kepada Blog MIK.

“Badrul Amin mula lepas tangan bila PKR lantik Yb Shuhaimi jadi Ketua Penerangan PKR Selangor.  Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Selangor lantik Shuhaimi…”

“Jawatan Badrul Amin dilantik oleh MB, tapi nampaknya program PKR Selangor lebih aktif lebih dapat sambutan dan kerjasama banyak pihak” tambah sahabat itu lagi.

“Ada dua kem, satu yang Khalid MB lead, dan satu lagi yang Azmin Ali punya team… Bila Badrul Amin nampak program Penerangan bawah Shuhaimi dah buat kerja maka dia [Badrul] dia pun cuci tanganlah bro…”

 “Badrul Amin ni pulak dari dulu memang tak boleh pergi dengan Azmin Ali….” kata sahabat itu kepada Blog MIK

Difahamkam kakitangan pejabat MB Selangor sudah beberapa kali menegur Badrul Amin dalam mesyuarat untuk memperhebatkan lagi program dibawah kelolaan dan kendaliannya, namun langsung tak diendahkan.  Badrul Amin kecewa setelah beliau hampir hampir tewas dalam pemilihan Mesyuarat Agung Cabang Sabak Bernam yang tercetusnya peristiwa baling kerusi dan tumbuk menumbuk dikalangan ahli ahli dan perwakilan.  Dalam kem PKR sering menyindir-nyindir Badrul Amin menang secara tidak sah…..
MIK 

No comments:

Post a Comment