ANIMSI

home

Followers

Sunday, 14 October 2012

PANAS! MALAYSIA KINI KANTOI LACURKAN WARTAWAN!!



Peristiwa yang berlaku minggu lalu mendedahkan sikap sebenar malaysiakini yang terikat dengan arahan penderma.

TAJUK ASAL SEBELUM DIUBAH DI BAWAH

'Dakwaan Nasha tiada kena mengena dengan PAS'

  • Aidila Razak
  • 1:45PM Okt 10 2012
Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini berkata kenyataan bekas timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan PAS. 

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen berhubung dakwaan mengenai penganjuran doa supaya Malaysia menjadi negara Kristianitu, Khalid berkata, kenyataan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa MP Bachok itu mengikut arahan "orang di luar PAS".


Tidak sampai beberapa jam, Tajuk Asal Artikel Aidila Razak, yang pernah menerima Hadiah kewartawanan, terpaksa dipaksa diubah daripada tajuk asal " Khalid, Salahudin Putus Hubungan Dengan Nasha" diubah kepada tajuk yang lebih lembut, 'Dakwaan Nasha tiada kena mengena dengan PAS'.

Sahabat kita di Malaysiakini memaklumkan, wartawan tersebut telah dimarah, ditengking dan pelbagai kata-kata yang buruk dilemparkan di belakangnya yang menjatuhkan maruah serta martabat kewartawanan. Khabarnya juga,terpaksa mengikuti arahan pihak atasan walaupun di dalam hatinya tidak bersetuju.

Peristiwa ini jelas membuktikan, betapa Malaysiakini merupakan agen provokatif berbayar, agen asing yang dibawa melalui dana Soros sebagaimana terhebah seminggu dua ini.  

Selepas tajuk artikel tersebut, wartawan tersebut terpaksa menulis tajuk-tajuk yang menghentam kerajaan seperti  "Polis didakwa 'peras' isteri mangsa kematian dalam tahanan" dan tajuk "Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?". 

Kedua-dua tajuk baru yang lebih pro-pakatan itu diharap dapat mengubat hati bos-bos Malaysiakini dan agen-agen asing yang menyelebungi Malaysiakini. Jelas agen-agen asing sedang mengontrol setiap patah perkataan di Malaysiakini, itulah harga yang terpaksa dibayar selepas menerima dana-dana mencurigakan itu.

1. Perkara ini membuktikan "Tiada Kebebasan Akhbar dan Tiada Kebebasan Bersuara di Malaysiakini

2. Wartawan terikat, diikat, dipaksa, dan menjurus kepada ditekan, diugut dan mencalar etika kewartawanan mereka... Jadi tukang tulis saja lah.

3. Jika Malaysiakini Berbangga Kononnya Pejuang Hak Kebebasan...Ia umpama suara-suara itu memenuhi Belon Terbesar dan tiba-tiba jatuh dari bangunan tertinggi dunia, dan suara-suara itu pecah bertaburan di atas lantai tak bernilai...itulah perumpamaan Malaysiakini.

Wartawan tersebut silalah bersuara menjawab isu besar ini, Isu Kebebasan Kewartawanan di Malaysiakini! Kenapa tukar tajuk? Siapa marah anda? Benarkah anda ditengking? Benarkah anda dibaling kertas? Benarkah anda dibaling dengan kata-kata "ridicolous"? Jika anda berdiam diri, anda patut gantung "tag" wartawan anda dan beralih ke dapur untuk memasak makanan anda, anda lebih bebas hendak meletak seberapa banyak garam dan lada! 

4. Nilai anda adalah kosong jika anda berdiam diri! Bacalah istilah ini "melacur kewartawanan" di kedai-kedai buku yang berhampiran anda. Kembalikan atau buangkan Hadiah Kewartawanan anda ke dalam laut...ia bukan asing, peninju Mohamad Ali juga membuang pingat Emas yang dimenanginya di laut kerana suasana yang sama seperti anda!!!



Akibat daripada peristiwa "menukar tajuk" daripada "Khalid, Salahudin Putus Hubungan Dengan Nasha" dipaksatukar kepada yang tidak memberi gambaran sebenar'Dakwaan Nasha tiada kena mengena dengan PAS'. , kami dimaklumkan wartawan tersebut telah direhatkan lebih daripada 72 jam sejak terakhir laporan beliau di Malaysiakini pada siang hari 12 Oktober 2012.

Akibat daripada keberanian wartawan tersebutpost tajuk berita tersebut telah menjejaskan reputasi political chief desk officer dan portal tersebut. Kesannya berpanjangan sehingga kita difahamkan wartawan tersebut sedang menimbang untuk resign dan mencari portal berita yang lebih bebas dan adil.

WARTAWAN MELAYU: DISKRIMINASI & HAK ASASI MANUSIA !

Apakah ini bermakna berlaku diskriminasi di Malaysiakini. Oleh kerana wartawan tersebut Melayu, maka dia ditindas dan dihina sedemikian rupa! 

Benarkah wujud ugutan "segera tukar tajuk itu atau kamu dibuang"? Peristiwa ini adalah perlambangan wujudnya diskriminasi yang hebat di dalam mana-mana company ke atas bangsa Melayu. 

Sehingga ke saat ini, baik pengurusan Malaysiakini atau wartawan tersebut sudah lebih 72 Jam mereka berdiam diri, masing-masing mengunci mulut, dan mengikat tangan dan jari-jemari mereka daripada "mengetik" laptop untuk menjawab isu besar ini. Isu Integriti, Maruah dan Hak Asasi yang dipinggirkan di dalam Malaysiakini! Khabarnya wartawan tersebut ditegah daripada bersuara! FB wartawatan tersebut turut berdiamdiri akan hal besar ini.

Seluruh industri berita negara dan luar negara sedang memerhati isu ini dengan teliti, apakah berlaku perlangggaran Konvensyen Geneva mengenai Hak Asasi Manusia!



link

2 comments:

  1. Salam mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terima kasih.

    ReplyDelete