Sekali lagi blogger pakatan seolah-olah mempermainkan dan memperlekehkan Sultan Pahang dengan sindiran didalam tulisan mereka.
Mereka lebih suka untuk menjatuhkan maruah Sultan Pahang sendiri dengan ungkapan kata-kata yang cukup menghina Sultan Pahang.
Perangai mereka memang dah mencabar dan mempermaikan Sultan Pahang..klik Sini
Mereka seolah-olah memperlekehkan pegangan Agama Sultan selepas menghuraikan kenyataan Tuanku dibawah ini:
KUANTAN
14 Nov. - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan
dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu
kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
Menyifatkan
kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal
dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama
tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
"Sebagai
ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih,
dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang
sangat sebut pasal agama ini.
"Saya
nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu
memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada
pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini
hari ini.
Baginda
bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak
boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak
semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai
Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita
ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya
tak berani bercakap," titah baginda.
Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh
hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama
rasmi negara ini," titahnya.
Pada 3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen
Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya
dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai
kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana
seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya
terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara
sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?', di Subang Jaya pada 3 Nov.
Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat
Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh
membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.
"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah...ini salah
satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng
akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran
yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya.
psssst: Memang semakin biadap dah Puak pakatan ni. Cara yang tidak kena memang akan kenalah lepas ni..
No comments:
Post a Comment