ANIMSI

home

Followers

Monday, 9 January 2012

PANAS!!!: BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NASHARUDIN MAT ISA IKUT JEJAK HASSAN ALI AKAN DIPECAT??


alt

Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa  hadir memberi sokongan moral kepada Dr Hasan berikutan pemecatan beliau hari ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang mengumumkan pemecatan beliau sebagai ahli PAS adalah berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti dan berkuatkuasa serta merta.

Beberapa penyokong beliau telah hadir di  perkarangan luar rumah sebagai tanda sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Dalam pada itu, Timbalan Mursidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din dan bekas ADUN Gombak Setia Ustaz Ismail Kamus dijangka akan turut hadir memberi sokongan moral kepada Dr Hasan Ali.
Tindakan Bekas Timbalan Presiden PAS ini jelas melayakkan dirinya akan mengikut jejak Dr Hassan Ali di pecat.
Beliau yang sememangnya tidak bersetuju dengan tindakan PAS yang memecat Dr Hassan Ali dan beliau terus menyokong Dr Hassan Ali secara terbuka.

 

Antara kenyataan Nasharudin Mat Isa sebelum ini:
 Bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.

Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.

Nasharuddin turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.

Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.

“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.

Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.

“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.

Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.

“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.

“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi.
sementara itu Nik Abduh Nik Azis pernah ditegur kerana mengritik PAS secara terbuka.
 
 ‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.

‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’-Nik Abduh Nik Aziz
 Nik Abduh juga dikatakan pernah ditegur secara terbuka tetapi ianya mungkin tidak begitu menjadi barah kepada PAS.
Namun begitu Nik Abduh juga tersenarai antara mereka yang digugurkan??
manakala di bawah ni artikel yang sepatutnya dikeluarkan oleh Ketua pemuda PAS tetapi lain pula, kenapa Naib Ketuanya Dewan Pemuda PAS yang keluarkan kenapa tidak Ketua Pemudanya sendiri iaitu NASRUDIN TANTAWI yang ulas??
 
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mematuhi keputusan PAS Pusat memecat keahlian PAS mandatori bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
 Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa, keputusan itu ekoran tindak tanduk Hasan yang dilihat bertentangan dengan keputusan PAS.
“Kami yakin keputusan tersebut amat tepat dan berharap semua pihak juga menghormati keputusan tersebut
“Kami juga yakin Hasan akan menerima keputusan tersebut dengan dada yang terbuka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja berkata, Hasan bagaimanapun masih berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura.
 Selain itu, katanya, mencadangkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman dilantik sebagai Exco Kerajaan Selangor yang baru.
Menurutnya, pihaknya berharap kedudukan Exco Kerajaan Selangor yang perlu digantikan itu diputuskan dengan kadar segera.
Jelasnya, DPPP yakin kemelut yang telah mengeruhkan keadaan di Selangor itu akan ditutup setelah keputusan tersebut dicapai.
Kenapa Ketua Pemuda PAS tak bagi respon? sebab  NASRUDIN TANTAWI Ketua Pemuda PAS sebenarnya menyokong Hassan Ali.
jadi kelihatan jelas PAS sekarang sudah pun kucar-kacir dengan sokongan yang berbelah bagi.

No comments:

Post a Comment