Kenapa editor sebuah majalah mingguan yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Executive Intelligence Review (EIR), Anton Chaitkin mendedahkan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan satu pertubuhan yang asing kepada masyarakat Malaysia, the Mont Pelerin Society selepas 4 bulan pilihan Raya Umum Ke-12 ?
Kenapakah wartawan AS itu mencatatkan Anwar adalah proksi George Soros yang dikaitkan dengan IMF (International Monetary Fund) dan the Mont Pelerin Society.
Seolah-olah wartawan Barat itu ingin memberitahu bahawa pertubuhan the Mont Pelerin Society sama pentingnya dengan IMF yang kedua-duanya berada dalam lingkaran Soros.
Apa itu the Mont Pelerin Society dan apakah asas wartawan Barat itu begitu yakin bahawa Anwar terlibat dengan pertubuhan itu ?
Persoalan-persoalan di atas adalah mukadimah sambungan pendedahan “Awasi Senjata Terakhir Anwar siri I“.
Rangkaian Anwar
Seperti didedahkan seorang lagi wartawan EIR, Mike Billington dalam empat rencananya berkenaan Anwar Ibrahim ketika menetap dan bekerja di AS selama hampir dua tahun di bawah regim Presiden Bush, merumuskan bahawa Ketua Umum PKR itu adalah agen kepada oleh trio-zionis; George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.
“Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros yang merupakan pencatur dan penaja kepada Pejabat Luar British yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang (hidden behind the facade of “democratic” opposition).
“Mereka meminta perubahan rejim (regime change) disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi.
“Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik empayar baru British (agent of the economic, and strategic policies of the new Brutish Empire), dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika(agents in the U.S. neoconservative) serta gerakan fasis-hijau (green-fascist movements), secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai Penyelamat Baru Malaysia (the new savior of Malaysia).
“Penyelamat syaitan ini (satanic savior), dibiayai sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam badan kumpulan pemikir neocon, universiti-unversiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan hasratnya untuk membayar (“memujuk”) sebilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya serta mengambil alih kerajaan, yang kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia”, dedah Billington dalam rencananya, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia“.
Baca tiga lagi pendedahan Billington tentang Anwar Ibrahim, “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” (29 April 2005), “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005) dan “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008), berkemungkinan besar kita akan dapat menemui jawapan kenapa wartawan Barat di EIR begitu yakin Anwar terlibat dalam rangkaian Soros, IMF, NED dan the Mont Pelerin Society.
Green-Fascist
Menariknya, apabila Billington menggambarkan siapakah Anwar, wartawan itu merumuskan ‘Anwar Ibrahim adalah seorang agen yang disokong oleh dua ‘pertubuhan rahsia antarabangsa’ iaitu neo-konservatif (zionis) di AS dan rangkaian gerakan fasis-hijau di Eropah.
Mengikut kaca mata wartawan Barat itu, Anwar Ibrahim bukanlah penyelamat baru bagi Malaysia, sebaliknya Ketua Pembangkang itu adalah ‘penyelamat syaitan’.
Kita telah didedahkan secara meluas bukti-bukti penglibatan Anwar dengan kumpulan neocon AS, tetapi kita jarang mendengar penglibatan Anwar dengan gerakan fasis-hijau.
Apakah itu green-fascist movements ?
Menurut schillerinstitute.org dalam rencananya, “The Historical Roots Of Green Fascism“, gerakan fasis-hijau adalah satu rangkaian kumpulan yang dicetuskan oleh oligarkis di London dan New York, untuk mewujudkan ‘Hitler bentuk baru’, warisan dari Jerman.
Di Jerman hari ini rangkaian fasis hijau membentuk satu parti yang dinamakan The Greens (Die Grünen) yang berakar umbi kepada persoalan persekitaran hidup (environmentalism), liberalisme sosial (social liberalism), msyarakat awam (civil liberties), hak hak wanita (feminism), Keadilan sosial (social justice), hak-hak LGBT dan akar umbi demokrasi.
The Green bekerjasama rapat dengan The Heinrich Böll Stiftung dan the Goethe-Institut
Di Malaysia, Goethe Institut bekerjasama dengan Merdeka Center untuk projek kaji selidik dan dalam masa sama bekerjasama dengan The Annexe Gallery untuk membina tapak kewujudan Seksualiti Merdeka.
Berdasarkan latar belakang tersebut, maka tidak menghairankan apabila Dr. Thomas Gambke dari The Greens sentiasa mengambil berat tentang perkembangan Anwar di Malaysia. Klik di sini dan sini
Akar aliran gerakan fasis-hijau adalah kebebasan, liberal dan hak asasi, maka tidak hairan ia juga termasuk dalam kerangka the Mont Pelerin Society.
Mont Pelerin Society
Mont Pelerin Society (MPS) adalah sebuah organisasi antarabangsa yang memperjuangkan idea-idea Libertarianism (hak kebebasan individu), political freedom (politik kebebasan), open society (masyarakat terbuka) dan free market ekonomy (ekonomi pasaran bebas).
Menurut wikipedia, MPS ditubuhkan pada 10 April 1947 dalam persidangan yang dianjurkan oleh Friedrich Hayek (Friedrich August von Hayek) yang dinamakan bersempena dengan nama resort Switzerland di mana persidangan pertama itu diadakan.
Pada mulanya organisasi itu mahu dinamakan ‘Acton-Tocqueville Society‘ iaitu merujuk kepada dua tokoh liberal, John Dalberg-Acton dan Alexis de Tocqueville selaras dengan visi dan misi organisasi itu, namun nama asal itu telah dibantah atas alasan tersirat.
Walaupun pengasas MPS, Friedrich Hayek mendakwa tidak berkaitan politik, namun salah seorang ahlinya, Antony Fisher giat mempromosikan pemikiran politik.
Antony Fisher adalah pengasas the Institute of Economic Affairs -IEA (London), the Heritage Foundation (Washington), the Manhattan Institute for Policy Research (New York) dan the Atlas Economic Research Foundation (AS).
Melalui the Atlas Economic Research Foundation atau ringkasnya Atlas Network, ditubuhkan pula lebih 400 badan pemikir bebas di seluruh negara, antaranya; the Fraser Institute (Kanada), the Manhattan Institute for Policy Research (New York), The National Center for Policy Analysis -NCPA (Washington), The Pacific Research Institute -PRI (California), The Buckeye Institute (Ohio), The Centre for Independent Studies (CIS), The Lion Rock Institute (Hong Kong), The Centre for Civil Society -CSS (New Delhi), The Adam Smith Institute-ASI (London), The Association for Liberal Thinking (Turki) dan lain-lain.
Di Malaysia, Atlas Network menaja Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).
Menurut thinktank-watch, MPS mempunyai hubungan rapat dengan majoriti rangkaian pemikir yang ditaja oleh Atlas Network itu.

George Soros

Paul Wolfowitz.

No comments:
Post a Comment