Kerajaan disaran tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengemukakan hasil laporan mereka berhubung cadangan penambahbaikan sistem pilihan raya negara.
Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah berkata, laporan yang dikeluarkan jawatankuasa itu adalah penting bagi mengatasi segala dakwaan yang timbul kononnya sistem pilihan raya tidak bersih.
“Kami mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa itu kerana ia adalah satu
landasan terbaik untuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkang
menyuarakan pendapat dan bantahan bagi menambah baik sistem pilihan raya
negara.
“Namun sekiranya kerajaan tetap mengadakan pilihan raya sebelum
jawatankuasa itu mengeluarkan sebarang cadangan penambahbaikan,
penubuhannya akan menjadi sia-sia sahaja,” katanya pada sidang akhbar di
kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini, hari ini.Amanah yang baru mendapati kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dua minggu lalu ditubuhkan dengan tujuan menyokong serta menegakkan pentadbiran telus dan bertanggungjawab, layak dan cekap, bebas rasuah dan amalan kronisme, bersih dan jujur serta saksama dan boleh dipercayai.
pssst: Ku li mahu lihat UMNO lebih kuat..
No comments:
Post a Comment