Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, termasuk terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga sekiranya beliau terlibat sama.
Beliau berkata, penganjuran program tersebut merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseksual.
Malah, Nik Abdul Aziz turut yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program itu tanpa menunggu desakan mana-mana pihak.
"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah, kita tidak sokong. Tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.
"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah bersandarkan ke atas hak asasi?
"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 bermula kelmarin sehingga 13 November ini.
Antara penaja dan penyokong program tersebut ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut mendesak pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program itu.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan kehendak Allah.
"Amalan homoseks hakikatnya merupakan pencerobohan terhadap keturunan dan kelima-lima kemuliaan Islam secara tidak langsung. Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat," katanya.
Beliau berharap isu itu tidak dijadikan permainan politik kerana ia amat biasa dalam senario negara pada hari ini, isu yang diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata.
psssssssst: Tembelang Ambiga dah pecah.sekarang pas sudah menyesal..itu la tak nak dengar cakap lagi!
leh percaya ke apa nik aziz kluk klek ni cakap nanti kena sergah dengan Lim Kit Siang dan Karpal lain pulak cerita...jangan mudah percaya dan mudah memuji.
ReplyDelete