ANIMSI

home

Followers

Monday, 14 May 2012

BACA!! ORANG MELAYU DALAM PAKATAN MELUTUT KEPADA DAP!! SAYA CABAR PEMIMPIN MELAYU PAKATAN NAFIKAN??






Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melayu di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan Daulah Islamiah di negara ini.

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS ???

Adakah disebabkan "tahaluf siyasi" mereka dengan parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke dalam longkang sepertimana negara Islam versi PAS ???

Inilah sikap hipokrit dan talam dua muka yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.

Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tak usah tunjuk dialah penentu atau peneraju dalam PR, hari ni dah terbukti Tunku Aziz yang dah lama dalam DAP disingkirkan, mungkin juga adalah kerana PAS satu organisasi yang boleh dikatakan punyai orang Melayu, jadi buat apa pegang seorang Melayu sahaja seperti Tunku Aziz, dalam keadaan itu PAS juga sentiasa diugut oleh DAP, kalau berterusan melaungkan negara Islam, nak buat hukum hudud PAS... PAS juga akan menerima nasib yang sama ditendang keluar PR, keegoan ini berkemungkinan besar kerana setiap kali PRU keputusannya tak banyak kerusi PAS yang menang, yang banyak menang ialah DAP..., kalau jadi camtu camne yek nak tegakkan negara Islam ala PAS, nampaknya sampai bila-bila tak menjadilah hajat PAS tu mungkin angkara salah pilih kawan agaknya..

      Delete