ANIMSI

home

Followers


Friday, 4 November 2011

SEKS BEBAS NAK HANCURKAN BUDAYA DAN NILAI AGAMA DI MALAYSIA




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDDGVy8e7x_FnGjb5Pg77RenujoTo2Vr_d18wydZuNKelS9LkN4_dvCOpd4nv2mxkOJxBfEOl35TikcVh4vqlXBbPuSkraB7FjaySwc1S2LJMBgmAaxZdOVoPcl_UAknniKSN90yHcS25n/s320/free-sex.jpg 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar petang ini mengumumkan bahawa semua acara dianjurkan sempena Seksualiti Merdeka diharamkan.
Beliau berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program berkenaan dan akan memanggil semua penganjur termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, memberi keterangan secepat mungkin.

Program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe, di sini.
Pelancaran program tersebut sepatutnya disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi.
Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi.
“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
“Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.
Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.
Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.
“Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya,” katanya.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur.

“Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini),” katanya.
Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal.

“Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah.
“Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan.
“Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin,” katanya.

1 comment:

  1. salam aiduladha, blog tuan saya dah linkkan di kolum my blog list...

    ReplyDelete