ANIMSI

home

Followers


Wednesday 2 November 2011

PANAS: APA KES MIC TEGUR PAS NI??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZIKRz2sLDp9DUOVcx-eyqrqux0C2a8J4AWwhgrnZsAZ3tUNVIjEbh9jvBjf0qyyMWO1BxfdQdkUZBqKJ_tTznLooyQ6u2T8S45l3ZgnTtZf7KRXxob1E-ZWFnlcM3Xr2oY4R8NDTlm9I/s400/Samy+Vellu.jpg

Pas disaran tidak mengganggu kesejahteraan, keharmonian dan kemurnian sistem perundangan negara disebabkan keegoan nafsu politik untuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Media dan Komunikasi MIC Pusat, Vell Pari Samy Vellu berkata, Pas seharusnya bersikap lebih terbuka dan matang menilai dan meneliti semua aspek dalam konteks bangsa Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan.

‘‘Janganlah bersifat keperibadian politik serta kepentingan sendiri,’’ katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas hasrat Pas yang tetap mahu melaksankan hukum hudud walaupun sekutu mereka dalam pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Vell Pari yang juga Ahli Majlis Jawatankuasa Pusat MIC (CWC) berkata, MIC memandang serius perkembangan tersebut dan sedang memantau isu itu dengan lebih mendalam supaya masyarakat India tidak ‘risau’ dengan hasrat Pas itu.

“Ini bukanya soal Islam ataupun bukan Islam tetapi Pas perlu melihat dalam aspek perpaduan bangsa Malaysia yang sudah lama wujud di negara ini sebelum dan selepas Merdeka,’’ katanya.
Beliau berkata, MIC juga sedia bersemuka dengan Kelab Penyokong India Pas untuk berdialog berhubung isu tersebut demi kebaikan bersama dan bukanya untuk mengejar ‘agenda politik’.


“MIC turut menerima pelbagai laporan dan aduan daripada orang ramai khususnya masyarakat India mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Pas baru-baru ini,’’ katanya.

2 comments:

  1. aku sokong hudud tapi bukan yg diperjuangkan oleh pas...

    kalau tak tau hudud jgn bercakap dan perjuangkan bab ni semua...

    bleh terpesong akidah...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete