ANIMSI

home

Followers


Sunday 28 June 2015

Najib Lebih Kuat!?

Akhir-akhir ini banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad terhadap tindakan-tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak didalam pemerintahan beliau. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sedikit sebanyak membuat orang-orang melayu terfikir akan kesahihan kenyataan dan tunduhan keatas Dato Seri Najib, Sehingga kini banyak didapati pandangan-pandangan orang melayu di media-media sosial yang seakan ingin mengetahui secara mendalam akan apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir keatas Perdana Menteri.

                Hari ini kelihatan beberapa aliran pemikiran orang melayu yang melihat kepimpinan Dato Seri Najib mengikut pandangan masing-masing. Ada yang berangapan bahawa Tun Mahathir tidak seharusnya berterusan menghentam kepimpinan Dato Seri Najib. Bagi mereka yang sayangkan kerharmonian dan keutuhan pemerintahan melayu rata-rata tidak bersetuju dengan cara dan tindakan Tun Mahathir yang menggunakan media untuk menyerang Dato Seri Najib. Teguran yang dibuat secara terbuka itu sudah tentu membawa maksud yang tersirat dan mendatangkan perasaan yang tidak senang dikalangan pendokong gerakan tranformasi Negara pada hari ini.

                Dato Sei Najib yang mengambil alih pemerintahan Negara selepas Tun Abdullah Badawi telah membuat banyak perubahan didalam pentadbiran kerajaan pada hari ini. Dalam masa yang sama Dato Seri Najib perlu berhadapan dengan serangan-serangan pembangkang yang sudah semestinya bermotif menjatuhkan kerajaan pada hari ini.

                Apa yang menjadi permasalahan kepada halatuju dan kekuatan parti melayu iaitu UMNO ialah lahirnya penyokong-penyokong yang sealiran dengan Tun Mahathir. Golongan ini dilihat lebih mirip dengan pembangkang. Akibat terlalu merendahkan parti melayu itu sudah tentu agak sukar untuk mengankat kembali keyakinan rakyat pada kemudian hari.


                Jika dilihat dari dalaman parti pula Dato Seri Najib dilihat lebih kuat selepas diasak beberapa kali untuk mengakhirkan karier beliau. Ini dapat dibuktikan dalam keputusan mesyuarat MT umno dimana telah memutuskan bahawa pemilihan umno ditangguhkan selama 18 bulan. Bila dilihat akan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat MT UMNO itu membawa maksud bahawa segala tuduhan yang dilemparkan selama ini adalah tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menghentikan Dato Seri Najib sebagai Ketua Presiden UMNO dan sebagai seorang Ketua Kerajaan.

1 comment:

  1. Kami ahli Umno nak kan seorang Presiden yang tulus ikhlas dan bertanggung jawab dalam mendukung amanah kepada agama dan bangsa. Bukan yang lembek menggelar diri sendiri pahlawan, pada masa sama berjuang untuk liberalisasi Negara ini mengikut acuan Singapura / Amerika. Najib sudah hilang jati diri Melayu, beliau hanyalah seorang berdarah Bugis Indonesia yang terkesima dengan sokongan palsu orang Cina dan India terhadap kepimpinan beliau.

    ReplyDelete