Akhir-akhir ini banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas
perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad terhadap tindakan-tindakan yang
dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak didalam
pemerintahan beliau. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sedikit sebanyak
membuat orang-orang melayu terfikir akan kesahihan kenyataan dan tunduhan
keatas Dato Seri Najib, Sehingga kini banyak didapati pandangan-pandangan orang
melayu di media-media sosial yang seakan ingin mengetahui secara mendalam akan
apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir keatas Perdana Menteri.
Hari
ini kelihatan beberapa aliran pemikiran orang melayu yang melihat kepimpinan
Dato Seri Najib mengikut pandangan masing-masing. Ada yang berangapan bahawa
Tun Mahathir tidak seharusnya berterusan menghentam kepimpinan Dato Seri Najib.
Bagi mereka yang sayangkan kerharmonian dan keutuhan pemerintahan melayu
rata-rata tidak bersetuju dengan cara dan tindakan Tun Mahathir yang
menggunakan media untuk menyerang Dato Seri Najib. Teguran yang dibuat secara
terbuka itu sudah tentu membawa maksud yang tersirat dan mendatangkan perasaan
yang tidak senang dikalangan pendokong gerakan tranformasi Negara pada hari
ini.
Dato
Sei Najib yang mengambil alih pemerintahan Negara selepas Tun Abdullah Badawi
telah membuat banyak perubahan didalam pentadbiran kerajaan pada hari ini.
Dalam masa yang sama Dato Seri Najib perlu berhadapan dengan serangan-serangan
pembangkang yang sudah semestinya bermotif menjatuhkan kerajaan pada hari ini.
Apa
yang menjadi permasalahan kepada halatuju dan kekuatan parti melayu iaitu UMNO ialah
lahirnya penyokong-penyokong yang sealiran dengan Tun Mahathir. Golongan ini
dilihat lebih mirip dengan pembangkang. Akibat terlalu merendahkan parti melayu
itu sudah tentu agak sukar untuk mengankat kembali keyakinan rakyat pada
kemudian hari.
Jika
dilihat dari dalaman parti pula Dato Seri Najib dilihat lebih kuat selepas
diasak beberapa kali untuk mengakhirkan karier beliau. Ini dapat dibuktikan
dalam keputusan mesyuarat MT umno dimana telah memutuskan bahawa pemilihan umno
ditangguhkan selama 18 bulan. Bila dilihat akan keputusan yang dibuat oleh
Mesyuarat MT UMNO itu membawa maksud bahawa segala tuduhan yang dilemparkan
selama ini adalah tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menghentikan Dato
Seri Najib sebagai Ketua Presiden UMNO dan sebagai seorang Ketua Kerajaan.
Kami ahli Umno nak kan seorang Presiden yang tulus ikhlas dan bertanggung jawab dalam mendukung amanah kepada agama dan bangsa. Bukan yang lembek menggelar diri sendiri pahlawan, pada masa sama berjuang untuk liberalisasi Negara ini mengikut acuan Singapura / Amerika. Najib sudah hilang jati diri Melayu, beliau hanyalah seorang berdarah Bugis Indonesia yang terkesima dengan sokongan palsu orang Cina dan India terhadap kepimpinan beliau.
ReplyDelete