ANIMSI

home

Followers


Friday 1 May 2015

PRK Rompin Suram, Pas Tewas Awal?



Pas dilihat semakin lemah dan tidak berdaya akhir-akhir ini selepas beberapa isu dalaman parti yang menjejaskan perancangan jentera dan menjadi punca jentera mereka di pru Rompin ketika ini yang dilihat tewas sebelum berlawan. Kelemahan parti itu dilihat makin jelas selepas beberapa isu yang membabitkan parti PKR dan Pas sejak akhir-akhir ini mmberi kesan yang tidak baik kepada jentera pru di Rompin.

Jika ditanya kepada pengundi-pengundi disekitar Parlimen Rompin ini agak jarang didampingi program-program yang dianjurkan parti itu. Akhir-akhir ini beberapa program yang dianjurkan oleh pas di Parlimen Rompin ini dibatalkan oleh sebab kurang mendapat sambutan pengundi. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran awal bahawa parti itu tidak mahu berusaha dengan lebih keras lagi berikutan signal yang diberikan oleh pengundi jelas menolak parti itu. 

Berbeza dengan PRK lain, kempen di Rompin juga agak sederhana, tiada perang poster daripada Barisan Nasional (BN) mahupun PAS.



No comments:

Post a Comment