ANIMSI

home

Followers


Wednesday 8 May 2013

BIKIN KECOH!! Perhimpunan Malam Ini Permulaan Kerja Anwar!!


“Kerja saya belum selesai,” begitulah jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Malaysiakini ketika ditanya janji mahu bersara jika gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihanraya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
“Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihanraya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada,” katanya dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada 6 Mei.

Anwar dilaporkan The Malaysian Insider bangkit dengan satu seruan yang lantang bahawa perhimpunan esok di Stadium Kelana Jaya adalah permulaan kepada satu pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan sistem pilihan raya negara, kata Anwar sebagai satu petanda lagi episod seperti “Reformasi” pada 1998 bakal berulang.
Anwar dalam sidang media hari ini memberikan amaran keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tampil membuat penjelasan atau berdepan kebangkitan rakyat.
“Ini (perhimpunan) adalah permulaan kepada pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan negara ini daripada salah laku dan penipuan dalam pilihanraya.
“Tidak akan ada perubahan tanpa pilihanraya yang adil dan bersih..Pada masa sama, saya gesa rakyat memakai warna hitam atau apa-apa sahaja berkaitan sebagai tanda bantahan,” kata Anwar di ibu pejabat PKR, hari ini.
Menurut sumber dalaman, kata-kata ugutan Anwar yang lantang itu merupakan satu justifikasi bahawa beliau menerima jawatan Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan yang diumumkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam.
Menurutnya, Anwar perlu melakukan sesuatu yang ekstrim supaya rakyat melupakan janji untuk bersara dan kemerosotan PKR jumlah kerusi PKR dibandingkan dengan DAP dalam PRU 13.
Dalam keputusan pengundian semalam, Pakatan telah berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dengan memenangi 89 kerusi.

Daripada keseluruhan jumlah pembangkang itu, DAP berjaya memonopoli 38 kerusi daripada 51 kerusi yang dipertandingkan, PKR mendapat 30 daripada 99 kerusi Parlimen dipertandingkan dan Pas mendapat 21 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen dipertandingkan.
Jumlah yang diperolehi DAP itu merupakan satu lonjakan menaik sebanyak 10 kerusi berbanding dengan PKR dan Pas yang merosot jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-12.

“Lagipun ‘hanya perhimpunan dan pidato’ merupakan satu-satu aset yang Anwar ada untuk kekal relevan dalam politik.
“Ini sudah diwarisi sejak dari tahun 1970-an melalui pembohongan demonstrasi Baling,” kata sumber itu lagi.

No comments:

Post a Comment