Kih Kih Kih!!
Itu
persoalan yang timbul tatkala penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum hanya
tinggal 3 hari sahaja lagi. Ke mana hala tuju Pengerusi DAP Pahang ini?
Sedangkan
yang calon lain semua dah ambil tempat, tinggal dia sahaja yang belum membuat
keputusan mengenai kerusi mana dia nak bertanding.
Bagi
sesiapa yang tidak kenal dengan dia, mari kita perkenalkan sikit. Namanya Leong
Nga Nga, Pengerusi DAP Pahang atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Sejak
sekian lama, Pak Ngah menjadi pembangkang dalam Kerajaan Negeri Pahang apabila
mula bertanding di kerusi DUN Triang. Sejak itu, Triang menjadi kubu kuat DAP.
Sebelum
ini, terdengar desas desus dari kem DAP mengatakan bahawa Pak Ngah mahu bersara
dari Politik dan tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.
Namun,
desas desus itu tidak dapat dipastikan lagi kerana nama Pak Ngah masih lagi
disebut - sebut sebagai calon dalam Pilihan Raya kali ini.
Walaubagaimana
pun, Pak Ngah dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Triang dan akan
memberikan laluan kepada Pembantu Peribadinya bertanding disitu.
Khabar
angin yang diterima sebelum ini menyebut bahawa Pak Ngah mahu bertanding di
kerusi Parlimen Bentong untuk berhadapan dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Nama
Pak Ngah disebut - sebut di Bentong ekoran isu panas yang dicetuskan oleh YAB
Menteri Besar Pahang yang disifatkan oleh DAP sebagai satu cabaran.
Tetapi,
khabar angin itu kemudiannya pudar apabila DAP Pusat mengumumkan nama Pengerusi
Himpunan 'Kahak' Hijau, Wong Tack untuk bertanding dikawasan tersebut.
Kemudian,
nama Pak Ngah disebut pula akan bertanding di kerusi DUN Ketari yang juga
merupakan kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Bentong.
Dan
ianya hampir menjadi kenyataan apabila beberapa pimpinan DAP menyifatkan bahawa
mereka akan turun dengan semua jentera bagi merampas kawasan Bentong.
Namun,
berita yang diterima semalam mendakwa bahawa Pak Ngah telah mengubah hasratnya
untuk bertanding di Ketari dan akan berpindah pula ke Tanah Rata.
Persoalannya,
kenapa sampai hari ini Pak Ngah masih tidak mampu membuat sebarang keputusan
berkaitan dengan dirinya sendiri? Di mana dia akan bertanding?
Kenapa
pula disaat - saat akhir menjelang hari penamaan calon, Pak Ngah boleh tiba -
tiba berubah fikiran dan tidak mahu bertanding di kawasan Bentong?
Ada
yang mengatakan bahawa Pak Ngah berubah hati setelah mendapat khabar bahawa
kerusi DUN Ketari akan ditandingi oleh calon MCA. Adakah Pak Ngah takut dengan
MCA?
Tidak
kurang juga ada pihak yang menyebut, perubahan itu disebabkan Menteri Besar
Pahang sendiri. Bagi mereka yang tak tahu, Pak Ngah memang baik dengan MB.
Mungkin
Pak Ngah takut nak bertanding di Bentong sebab segan nak bersalaman dengan MB
Pahang yang juga merupakan ADUN kawasan Pelangai pada hari penamaan calon
nanti?
Apa
pun, kita tunggu pengumuman penuh calon Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang
yang dijadual akan diadakan lewat malam ini. Kita tengok, berani atau tidak Pak
Ngah nak bertanding di Bentong. Jangan dia berkubur terus sudah la!!!
No comments:
Post a Comment