Terima kasih Anwar Ibrahim kerana engkau tak gila kuasa!!
Anwar Rakyat tahu Anwar Sayang Malaysia!!
Ramai yang pada
ketika ini melahirkan rasa marah dan benci kepada Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim berhubung pendedahan yang dilakukan oleh agensi berita
antarabangsa, Reuters dan media-media Filipina berhubung wujud
kemungkinan beliau dalam tragedi berdarah di Sabah.
Terima Kasih Anwar!!
Walaupun begitu,
ada kewajaran untuk memberikan sedikit penghargaan kepadanya kerana
melakukan onar yang akhirnya memakan diri sesuai dengan maksud ayat
al-quran ‘mereka hanya mampu merancang, namun perancangan Allah swt
adalah yang terbaik’.
Terima Kasih Anwar!!
Sekiranya kita lihat kepada gerakan
pakatan pembangkang selepas PRU12, nyata ia begitu hebat dan mantap
dalam mengumpul simpati pengundi. Moral dan semangat mereka pada ketika
itu begitu tinggi sehingga dilihat berjaya memberikan sedikit keyakinan
kepada masyarakat, bahawa pakatan pembangkang mampu menawan Putrajaya
dalam pilihanraya yang akan datang.
Terima Kasih Anwar!!
Ramai juga di kalangan pengundi-pengundi
atas pagar, khususnya anak-anak muda mula menzahirkan sokongan secara
terbuka dan diikuti dengan sebilangan artis dan pengiat seni yang
bersama melakukan kempen dan ceramah atas di atas pentas pembangkang.
Mereka seolah-olah merasakan pakatan pembangkang hampir pasti akan
mengambil alih teraju pentadbiran Putrajaya sekaligus cita-cita untuk
mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri akan tercapai.
Terima Kasih Anwar!!
Namun kebelakangan ini, semua
perancangan dan strategi yang dilakukan seperti telah kehilangan punca,
kerana acapkali senjata yang mereka guna akhirnya mula memakan diri.
Sebagai contoh mudah, sejurus selepas PRU12 sebanyak 16 pilihanraya
kecil (PRK) telah diadakan, yang menyaksikan pakatan pembangkang berjaya
memperolehi 8 kemenangan berturut-turut pada awalnya.
Terima Kasih Anwar!!
Namun selepas pelbagai program
transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak rakyat kembali yakin dan memberikan sokongan kepada parti
pemerintah. Bermula dengan PRK di Bagan Pinang, BN berjaya menyapu
bersih semua 8 kerusi yang dipertandingkan selepas itu.
Terima Kasih ANwar!!
Lihat juga beberapa siri himpunan yang
diadakan oleh pakatan pembangkang sebelum ini, sokongan tinggi yang
pernah diberikan sebelum ini kembali susut sedikit demi sedikit.
Contohnya himpunan Bersih 1 dan 2 memperlihatkan sokongan rakyat
khususnya pengundi atas pagar agak tinggi. Namun apabila mereka
mengadakan Bersih 3.0, jelas ia memakan diri apabila himpunan yang
dikatakan aman itu bertukar menjadi ganas dan tidak dapat dikawal.
Terima Kasih Anwar!!
Signal yang diberikan oleh Anwar kepada
Azmin Ali berakhir dengan rusuhan sehingga menyaksikan beberapa kenderan
polis dirosakkan, diterbalikkan dan beberapa orang anggota polis,
cedera dipukul perusuh. Insiden itu akhirnya berjaya membuka mata rakyat
akan motif sebenar pembangang yang jelas memulakan provokasi. Menurut
laporan yang diterima juga mengatakan, terdapatnya percubaan oleh
pihak-pihak tertentu untuk memastikan revolusi Arab Spring seperti yang
berlaku di Medan Tahrir berjaya dbawa ke Malaysia.
Terima Kasih Anwar!!
Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan
perkembangan tersebut, Anwar sekali lagi menganjurkan himpunan yang
kononnya dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rakyat’ di Stadium Merdeka. Namun
dengan mengunakan pendekatan yang berbeza tanpa sebarang bentuk
provokasi, keganasan, rusuhan dan sebagainya.
Terima Kasih Anwar!!
Tetapi malangnya, himpunan tersebut juga
gagal mendapat sambutan rakyat seperti yang diadakan sebelumnya.
Menurut analisa yang dilakukan, kegagalan tersebut berpunca atas
beberapa faktor antaranya, rakyat telah mula merasa muak dan penat
dengan pendekatan politik pembangkang. Dianggarkan sekitar 60-70 ribu
orang sahaja yang berjaya dikumpulkan untuk memenuhi stadium Merdeka
yang hanya mampu menampung sekitar 40 ribu dalam satu-satu masa.
Terima Kasih Anwar!!
Terbaru, insiden berdarah di Lahad Datu
ini telah menyaksikan, sokongan yang tinggi diberikan oleh masyarakat
kepada petugas keselamatan negara dan ketegasan kerajaan dalam
menanggani isu ini. Kenyataan Tian Chua yang cuba untuk mempolitikkan
isu ini juga menyebabkan kemaraan rakyat memuncak kerana dilihat tidak
sensitif terhadap mangsa yang terkorban.
Terima Kasih Anwar!!
Walaupun mengunakan pelbagai pendekatan
untuk menyalahkan Umno, namun pendedahan media-media antarabangs
mengenai penglibatan pembangkang, tidak ubah seperti gerakan
‘check-mate’ buat Anwar. Ini kerana rakyat mula merasa seperti tertipu
dan diperbodohkan dengan drama sandiwara yang telah dipertontonkan
selama ini.
Terima Kasih Anwar!!
Semua peristiwa tadi, dilihat
seolah-olah telah membuatkan rakyat membuka mata dan mengenali dengan
lebih jelas ‘siapakah Anwar yang sebenarnya’?. Strategi makan tuan ini
ternyata telah berada di luar kawalannya. Semua yang dirancangkan
sebelum ini seolah tidak menjadi seperti yang di harapkan.
Kesimpulannya, wajarlah untuk kita
mengucapkan ucapan terima kasih Anwar atas semua yang telah dilakukan.
Ini kerana, semua pembohongan dan penipuan yang dilakukan telah
terbongkar dengan sendirinya.
Terima Kasih ANwar..!!
Jika tiada Anwar Malaysia tidak akan selamat!!
No comments:
Post a Comment