ANIMSI

home

Followers


Sunday 3 March 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: INSPEKTOR WANITA JADI TEBUSAN PENJENAYAH !!!

 



Pihak Polis mengesahkan menurut maklumat yang diterima seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor menjadi tebusan pasukan penceroboh tentera penceroboh di Semporna.

Pihak PDRM dan pihak ATM sedang giat membuat perancangan untuk membuat serbuan ke kawasan yang disyaki tebusan Pegawai Polis Wanita ditahan.

Sementara itu tinjauan dibuat oleh Utusan Online di pekan Semporna juga menunjukkan kebanyakan kedai-kedai yang ada menutup perniagaan mereka namun aktiviti di pelabuhan perikanan berjalan seperti biasa.

Namun beberapa sekolah yang saya lalui tidak menunjukkan sebarang aktiviti pelajar.

Keadaan ini menunjukkan aktiviti seperti biasa di pekan ini walaupun menurut pemandu teksi agak berkurangan berbanding waktu-waktu biasa

Perjalanan dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa kira-kira dua jam lancar dan ketika 4 kilometer mahu tiba di bandar ini kesesakan kenderaan berlaku.

Sementara itu jenazah pahlawan yang gugur di Semporna iaitu Supt. G/10768 Ibrahim bin Lebar dan L/Kpl 160475 Mohd Azrul B. Tukiran akan diterbangkan dari Tawau jam1330Hrs dan dijangka tiba di TUDM Subang pada 1800Hrs. - MI

No comments:

Post a Comment