ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 8 January 2013

SKMM Bertindak Ramai Pencacai Pakatan Kelam Kabut!


Kah Kah!!
Ramai bloger dan facebookers Pakatam Haram gelabah bila SKMM bakal mengambil tindakan terhadap pemfitnah-pemfitnah jahat pakatan..
 
CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan SMS. Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.

Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” kata beliau lagi.

Nota kepada Editor:

Sekiranya organisasi anda ingin memetik kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sesuatu artikel mahupun bahan berita, petikan tersebut haruslah merujuk kepada SKMM sebagai sebuah organisasi dan bukan mana-mana pegawai SKMM melainkan sekiranya jurucakap rasmi SKMM ada dinyatakan di dalam kenyataan akhbar atau sebarang maklumbalas rasmi kepada media.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my

kih kih kih..!!!
itulah aku nak pesan kat puak pencacai Pakatan Haram janganlah buat kerja yang tak bermoral ye..kikikihh!!
Aku dah baca ada bloger pencacai PR gelabah gila bila SKMM buat kenyataan tu tadi..Padan muka korangnye!! Kih Kih kih!!

No comments:

Post a Comment