Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak
kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah
di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh
pengarahnya, Afdlin Shauki.
Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia
itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win
situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan
pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon
di dalam sebuah filem komedi.
“Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan
saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya
mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon
komedi buat pertama kalinya.
“Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak
berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan
saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga
Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.
Tak kisah sebab tak rasa azab kubur. nanti jawab la
ReplyDelete