ANIMSI

home

Followers


Thursday, 8 November 2012

PANAS! "KITE ORANG HANYA MABUK TAK MELAKUKAN MAKSIAT"! Nurul izzah Tinggal??


 
INILAH MASALAHNYA BILA ANAK-ANAK MUDA TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN-FAHAMAN SONG-SONG  MACAM NI!
Ini Juga bahaya bila anak muda salah tafsif apa yang dikatakan oleh Nurul Izah Baru-baru ni. Itu pasal la orang tak kasi Nurul Jadi YB rosak la anak muda akan datang!


Abis lari puak Pencacai PKR sudah tidak berani nak menempel dibelakang Nurul Izah...
SAYA mengerti bahawa “anak papa”, Nurul Izzah Anwar sedang berada di dalam keadaan tertekan sekarang ekoran keceluparannya yang mahukan kebebasan golongan berusia 18 tahun ke atas untuk memilih agama yang disukai tanpa halangan.

Saya juga mengerti tentang “papa”nya, Anwar Ibrahim yang berkecil hati dan kecewa apabila anak sulungnya itu dikecam hebat kerana memperjuangkan kehendaknya, termasuk menyokong LGBT di sebuah forum baru-baru ini.
Bukan saja para pemimpin UMNO yang menyerang Nurul Izzah, malah Dewan Pemuda PAS juga berang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Siapalah yang tidak tertekan jika berada di dalam keadaan begitu, namun “terlajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak berkata-kata maka bersedialah menerima kesannya”, apatah lagi kata-kata itu dari seorang pemimpin politik.

Dari ucapan Nurul Izzah itu, jelaslah menunjukkan bahawa kefahaman anak sulung Anwar itu mengenai kalamullah adalah sangat cetek sekali.
Memang benar “tiada paksaan untuk menganut agama Islam” sebagaimana yang difirman Allah SWT, namun Nurul Izzah tidak boleh menafikan keIslaman yang diwarisi melalui kedua ibu bapa sebagaimana yang berlaku di Malaysia dan umat Islam lain di dunia ini.
Misalnya, puteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dilahirkan oleh Ummul Mukminin, Khadijah binti Khuwailid dan berbapakan Muhammad bin Abdullah yang beragama Islam.
Jadi, mampukah dengan hujah dan fahaman yang pelopori Anwar dan Nurul Izzah itu menafikan keIslaman Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dan beliau berhak memilih untuk memeluk agama lain pada usia 18 tahun?
Jika begitu, agama apakah yang dianuti oleh puteri Rasulullah itu pada usianya 16 tahun dan 17 tahun sedangkan ketika itu beliau sudah diwajibkan untuk bersolat, menunaikan zakat dan menunaikan haji sebagaimana mereka yang mukallaf?
Sekiranya Fatimah R.A kemudiannya keluar dari Islam pada umur 18 tahun, apakah beliau tidak dikira sebagai murtad? Bukankah keluar dari Islam boleh dianggap murtad? Apa pengertian “riddah” di dalam fahaman keluarga Anwar?
Sebab itulah saya menegaskan bahawa fahaman Nurul Izzah sangat cetek dalam hal ehwal yang membabitkan aqidah ini.
Namun meskipun tidak mempunyai pengetahuan dan hukum hakam agama yang mendalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai ini tetap mahu bercakap mengenai Islam dan muamalahnya di hadapan golongan bukan Islam?
Persoalannya, apakah ini “ikon anak muda” yang diketengahkan oleh PKR bagi memimpin umat Islam di negara ini?
Apakah individu yang mengancam aqidah umat Islam ini yang selama ini disokong oleh puak-puak Pakatan Haram?
Dan paling utama, apakah kita umat Islam yang hidup di negara Islam yang begitu kuat mempertahankan kedaulatan agama Allah sanggup membiarkan seorang yang berfahaman songsang ini untuk menjadi pemimpin kita pada masa akan datang?

Pada saya, apa yang berlaku mengenai insiden ini ada hikmahnya.
Selain dari mendedahkan “belang” Nurul Izzah dan keluarganya, ia juga menunjukkan betapa para pemimpin Pakatan Haram tidak layak untuk dijadikan pemimpin di negara ini dan tidak wajar untuk dicontohi oleh seluruh umat Islam.

Mungkin Allah SAW sengaja mendorong Nurul Izzah berkata demikian demi membuka mata umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan agenda pihak yang sanggup menggadaikan aqidah mereka semata-mata kerana “undi”.
Justeru itu berjaga-jagalah dan kenalilah pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR, yang mampu menyebabkan kita terpesong dari aqidah dan menyemarakkan gerakan murtad serta LGBT di negara ini. Nauzubillahi min zalik..
lagi berita

No comments:

Post a Comment