ANIMSI

home

Followers


Thursday, 6 September 2012

HOT! GADIS DIUGUT,GAMBAR B@GEL DISEBAR!!

Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila bekas teman lelakinya mengugut akanmenyebarkan gambar bogelnya jika dia gagal membayar RM20,000 dalam tempoh terdekat ini.
Teman lelaki itu menuntut bayaran tersebut sebagai habuan untuk dia menghentikan tindakannya itu.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, berkata, gambar bogelnya yang diambil ketika mandi tanpa disedari itu dihantar oleh lelaki berkenaan melalui laman sosial Facebook minggu lalu.

“Dia meminta saya membayar RM60,000 untuk menyelesaikan perkara tersebut namun disebabkan saya tidak mempunyai wang yang mencukupi, dia kemudiannya mengurangkan permintaannya kepada RM40,000.

“Saya memberitahunya bahawa saya masih tidak mampu membayar wang tersebut, akhirnya dia meminta saya membayar RM20,000 sahaja tetapi dengan syarat saya perlu menghantar tiga keping gambar bogel saya yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di Kuala Lumpur semalam.

Chow menambah, dia mengenali lelaki tersebut dua tahun lalu sebelum menjalin hubungan dengannya selama empat bulan namun disebabkan lelaki berusia 31 tahun itu sering bertindak ganas, mereka telah berpisah pada awal tahun ini.

“Bagaimanapun, saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian malah turut mengugut akan menghantar gambar bogel tersebut kepada mana-mana bakal suami apabila saya berkahwin kelak, selain meminta wang sebanyak RM120,000.

“Kini hidup saya tidak tenteram dan dalam ketakutan serta tertekan setiap hari. Saya mohon pihak polis mengambil tindakan segera ke atas lelaki itu kerana tindakannya akan memusnahkan kehidupan saya,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sejurus kejadian tersebut.

Di samping itu, seorang lagi mangsa yang ditimpa nasib malang yang sama, Jenny, 30, kini terpaksa menanggung malu selepas bekas teman lelakinya memuat naik gambar bogelnya di laman sosial Facebook.
“Dia memuat naik gambar bogel saya yang diambil ketika saya menyalin baju tanpa disedari selepas kami berpisah April lalu.

“Malah, dia berkata akan menjadikan saya ‘terkenal’ kerana mahu membalas dendam terhadap tindakan saya yang memutuskan hubungan dengannya,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Mei lalu.

Tambahnya, dia mengenali lelaki yang berasal dari Seremban itu ketika belajar di sekolah menengah dan mereka kemudiannya bersama tahun lalu.

“Saya memilih untuk meninggalkannya disebabkan sikapnya yang panas baran malah pernah memukul saya sehingga berdarah hidung.

“Namun, tidak sangka dia sanggup berbuat demikian sehingga menyebabkan saya terpaksa menanggung malu dengan rakan dan keluarga saya,” ujarnya.

[sumber]

1 comment:

  1. Salam. Ini adalah pengajaran kepada orang lain supaya tidak membenarkan teman wanita/teman lelaki tangkap gambar tidak senonoh sesuka hati mereka.

    ReplyDelete