ANIMSI

home

Followers


Tuesday 11 September 2012

HOT!! DAH TERLONDEH PUN TAK MALU LAGI!!


Kalau dah terkantoi memanglah tak berani nak ambil tindakan..kah kah!!
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. 
Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.
“Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, sebelum dipecat, beliau telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin Ali merupakan pengarahnya dan dimaklumkan bahawa RM3 juta pertama telah mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah bahan kempen pilihan raya seperti t-shirt, topi dan bendera di Negara China.
“Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004.
“Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga kini,” tambahnya lagi.
Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui Conrade Adeneur iaitu sebuah yayasan Kristian dari Jerman.
“Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan di bawah ISA pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan mengasaskan portal berita MalaysiaKini. - SUMBER

No comments:

Post a Comment