ANIMSI

home

Followers


Tuesday, 11 September 2012

PANAS! ANWAR BARUA YAHUDI??!!



Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.   Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan. 

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri.   Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.  Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka. 

Nampaknya, dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan. 
Apabila bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations. 

Dalam isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal.  William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin.  Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki oleh George Soros itu. 

Tides Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram.  Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT. 

Maka ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia.   Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR. 

Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros.  Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998. 

Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’.  Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’.  Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros. 

Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara.  Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar.  Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf) 

Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia. 

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya.  Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman.  Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh. 

Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi.  Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi.   Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.

Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya.   Siasatan lebih lanjut dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar. 

Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas kelihatan.  OSF memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat.   Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi. 

Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik.  Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat biasa.  Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya. 

Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram.  Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia. 

Persoalan yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana pula dengan PAS?  Apakah PAS tidak sedar atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?
-gap

No comments:

Post a Comment