ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 12 September 2012

PANAS! LAGI KES SUMBANG MAHRAM PEMIMPIN ATASAN??!!


Apa bezanya kes di Ulu Terengganu dan di Jerantut? 
Baca dan fikir lah sendiri......dua-dua binatang. Itu pun kalau betul Wallah Waklam.

Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

“Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang,  dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,

“beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,”ujarnya menceritakan kepada para hadirin.

Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut  mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.

Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September,  mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis. 


SUMBER


APA BEZA DENGAN KES INI?


PEMIMPIN SUMBANG MAHRAM - TERTUDUH BEKAS AHLI PKR, ANAK MURID ANWAR LAH TU, PATUT PERANGAI MACAM ANWAR!!!

DALAM KEMPEN PRU 12 BELIAU MENGAKU ANAK MURID ANWAR, ORANG KANAN ANWAR DAN BAKAL JADI MB PAHANG KALAU PAKATAN AMBIL ALIH PENTADBIRAN....KIRA SAMA LAH TU. INILAH PERANGAI PEMBANGKANG!!!!

KUANTAN - Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan, tiada pemimpin daripada parti itu terbabit dalam kes sumbang mahram yang dilaporkan berlaku di negeri awal minggu ini.

Menurutnya, jika suspek yang dikatakan itu adalah ahli PKR, beliau menafikan kerana pemimpin tersebut sudah keluar dari parti sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

"PKR Pahang menafikan sekeras-kerasnya cuba mengaitkan pemimpin yang terlibat dengan perbuatan itu (sumbang mahram) dengan parti ini.

"Pemimpin itu bukan ahli PKR lagi dan sudah keluar parti selepas PRU12 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai seorang pemimpin kanan sebuah parti bersama anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sumbang mahram di Jerantut.

Pemimpin itu dikatakan pernah bertanding pada PRU12 namun tewas pada pencabarnya dalam pilihan raya tersebut.
sumber 

No comments:

Post a Comment