ALOR
SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk
pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di
negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah
arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekiranya
pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat
dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan
Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.
Itt
Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan
pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula
kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan
sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.
"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.
Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.
Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.
"MCA
Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk
meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang
ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat.
"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.
Beberapa
hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno
boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu
untuk membangunkan sebuah negara Islam.
Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR.
"Pelaksanaan
hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama
membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.
Sebelum
itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan
sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR
berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal
Singh terhadap undang-undang hudud.
Pssssst: Dah nak kata apa dah pas..?
No comments:
Post a Comment