ANIMSI

home

Followers

Thursday, 30 August 2012

HOT! PAS MANIPULASI ISU "SYAITAN"!!


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Pas sengaja memanipulasikan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru berkenaan dengan "malaikat dan syaitan" untuk mengelirukan fikiran orang ramai.
Katanya, kedangkalan Pas dalam berpolitik amat terserlah kerana beliau pasti parti tersebut memahami pepatah Inggeris "better the devil you know than the angle you don't".
"Tetapi ia sengaja dimanipulasikan untuk mengelirukan fikiran masyarakat.
"Ini kerana maksud sebenar pepatah tersebut adalah lebih baik berurusan dengan orang yang dikenali daripada bersekongkol dengan pihak yang tidak dikenali, yang kemungkinannya akan membawa padah dan menghancurkan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Katanya, "barangkali juga Pas semakin ketandusan isu sehinggakan pepatah Inggeris yang digunakan bekas Perdana Menteri itu turut dimanipulasi sebagai bahan propaganda untuk memburukkan kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN)."
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, beliau merasa kesal dan amat terkilan dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas kerana telah menyalah tafsir tulisan Dr Mahathir berkaitan "better the devil you know than the angle you don't".
"Tulisan Tun Dr Mahathir bukanlah memberi pengertian secara khusus sebagaimana terjemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, namun ia adalah satu sindiran terhadap perilaku masyarakat agar dapat membezakan antara dua kepimpinan dalam BN dan pakatan pembangkang.
"Tambahan pula rekod BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab telah terbukti dan rakyat merasaia kesejahteraan dan keamanan di bawah pentadbirannya," kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment