ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 29 August 2012

Polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang 'berniat jahat' dalam perhimpunan JANJI BERSIH??-HISHAMUDIN



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
  
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.
  
"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.
  
"Bagaimanapun, kita masih tunggu perkembangan lanjut daripada DBKL dan setakat ini saya belum dapat maklumat rasmi mengenai status permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia di Shah Alam semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Hishammuddin berkata polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang 'berniat jahat' dalam perhimpunan itu, nanti.
  
Beliau berkata polis tidak akan 'memilih bulu' dalam soal menjaga keselamatan awam dan akan sentiasa memastikan tanggungjawab itu dilakukan dengan baik.
  
Hishammuddin percaya majoriti rakyat tidak akan terpedaya untuk menyertai perhimpunan itu kerana apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 3.0 lepas, yang menjadi protes jalanan yang ganas, masih segar dalam ingatan orang ramai.
  
Dalam perkembangan lain, beliau membidas sikap sesetengah pihak yang memperlekeh dan menidakkan kadar indeks jenayah yang diumumkan sebelum ini.
  
Beliau berkata adalah penting menjawab tohmahan yang dilemparkan itu dengan segera terutamanya menerusi media sosial supaya ia tidak mempengaruhi pemikiran orang ramai. - Bernama

Pssssssst: Perhimpunan mengarut je ni..Sepatut KDN tak payah nak luluskan..

No comments:

Post a Comment