Seperti yang kita tahu, Abby Abadi kini sudah mencapai tahap pengetahuan ilmu agama yang agak tinggi berkat menghadiri beberapa ceramah politik anjuran PAS.
Disebabkan itu, ramai yang kini gemar mengelarkan Abby sebagai ustazah.
Berbeza
sekali Abby kini berbanding ketika ramai menuduh dia pergi bercuti
dengan anak ikan dia masa belum lagi bercerai dengan bekas suami.
Dan memang tidak dinafikan, pengetahuan agama Abby kini bukan peringkat calang-calang orang boleh nafikan.
Memang
Abby sudah banyak berubah. Tidak ada lagi istilah anak ikan dalam
hidupnya. Yang ada hanyalah pencarian ilmu dan perjuangan untuk agama
berlandaskan fahaman sebuah parti politik.
Mungkin disebabkan
darjat kemulian dan ilmu yang begitu banyak di dada, Ustazah Abby kini
sudah mampu menegur seorang bekas Mufti.
Bayangkan, Dr Mohd Asri pun ditarbiyahkan oleh Abby…melalui apa? Melalui Twitter sahaja.
Itu
baru twitter…Kalau diajak berdebat tak tahulah entah apa-apa dalil dan
hujah bernas Abby yang terpaksa bekas mufti berkenaan dengar dan
pelajari.
Hebat betul Ustazah kesayangan kita semua ini.
Namun,
teguran Abby bukan berlalu begitu sahaja…seperti mana Ustaz Azhar Idrus
pernah menyindir Abby dulu, Dr Asri pun menegur Abby balik….agak pedas
juga teguran ustaz itu.
No comments:
Post a Comment