ANIMSI

home

Followers


Tuesday 24 July 2012

USTAZ FATHUL BARI SAH BERTANDING PRU 13!! LAWAN NASRUDIN??



Khamis lalu, Pengerusi ILMU (Sekretariat Ulama Muda Umno), Fathul Bari Mat Jahaya memaklumkan beliau tidak menolak untuk bertanding, sebagai wakil ILMU, dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.

Berdasarkan Fathul Bari, ILMU sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan parti, walaupun pihak ILMU bukan lah jenis yang suka meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.

Kita lihat respon positif dari Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata walaupun ILMU tidak menjadi sayap parti Umno, ILMU  masih boleh bertanding dalam PRU13 nanti. Ini berdasarkan peraturan bahawa mereka yang bergelar ahli parti layak memberikan nama untuk bertanding.

“Tiada masalah, siapa-siapa yang jadi ahli Umno boleh menjadi calon, malah individu daripada ILMU lebih berpeluang untuk bertanding dalam PRU13,”

Terdahulu Fathul mencadangkan untuk menjadi ILMU sebagai sayap parti Umno tetapi tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment