ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 24 July 2012

BUDAK ABBY NI NAK BERLAKON SEMULA PULAK DAH!!


Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi berkata artis-artis yang sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya dan kami akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.



Abby Abadi turut berkata, dia akan mengetuai dunia seni yang Islamik dan akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


Itu jika BN dapat ditumbangkan bagaimanakah jika Pakatan haram yang tumbang, apa perancangan artis-artis dalam Pas seterusnya, kemana ceruk lagi Abby dan artis-artis lain dalam Pas nak bersembunyi. Jangan hanya buat perancangan jika BN kalah sahaja, 'track record' telah menunjukkan bagaimana kuat pun pakatan rakyat,  rakyat tetap memilih BN sebagai pemerintah mereka, kerana rakyat percaya dengan janji-janji Barisan Nasional.

Ketika itu tiada siapa akan mendengar ceramah pembohong anda dan tiada siapa yang akan memberi sedekah kepada anda lagi.

Cakap jangan terlalu sombong dan bongkak seolah-olah pakatan DAP, PKR dan PAS akan berjaya memerintah Malaysia.

Allah Maha Mengetahui Apa Yang Anda Lakukan

-SUNGAI RAPAT

1 comment:

  1. Assalam

    Abby ni cakap ajelah apa yang dia hendak... esok2 jilat ludah sendiri... Hati kalau dah busuk itulah jadinya... Kerana masalah peribadi dengan bekas suami dia kerajaan BN juga yang salah... Jaga dulu keluarga anda sebelum sibuk nak selak tepi kain orang...

    ReplyDelete