ANIMSI

home

Followers


Sunday, 8 July 2012

Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia Pula Hina Sultan Johor

JOHOR BAHARU - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Kamarudin berhubung kenyataannya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter yang dikatakan menghina Sultan Johor.
   
Presiden PPPMMM A. Rahman berkata persatuan itu meminta polis menyiasat secara terperinci kenyataan yang dibuat menerusi dua akaun laman sosial milik Ahmad Shukri tersebut.
   
"Terdapat kata-kata yang tidak sepatutnya di kedua-dua laman berkenaan yang bukan sahaja menghina Sultan Johor tetapi menghina rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut di sini. 
   
Pada masa yang sama, A. Rahman meminta rakyat negara ini agar menghentikan tindakan memperlekeh institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada seluruh rakyat.
   
PPPMMM juga meminta tindakan undang-undang diambil pada kadar segera terhadap mereka yang didapati berbuat demikian, katanya.
   
Rabu lepas polis menahan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas yang lebih dikenali Uncle Seekers bersama seorang wanita, bagi membantu siasatan berhubung beberapa entri blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan Johor.
   
Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut disiasat polis berhubung kenyataannya menerusi laman Twitter yang mempertikai bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor bernilai RM520,000.

No comments:

Post a Comment