KLANG: Seorang wanita maut dalam keadaan ngeri apabila kedua-dua
kakinya putus manakala kepalanya pecah selepas digilis komuter ketika
mahu melintas landasan kereta api di Kilometer 27 menghala Klang, antara
Stesen Komuter Padang Jawa dan Stesen Komuter Bukit Badak, di sini,
petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob
berkata, ketika kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 75
tahun berseorangan dan dipercayai mahu pulang ke rumahnya yang terletak
di seberang landasan.
Menurutnya, mangsa mungkin tidak menyedari kehadiran komuter itu walaupun pemandu komuter berkenaan sudah membunyikan hon beberapa kali.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa mengalami masalah
pendengaran hingga menyebabkan dia tidak mendengar bunyi hon komuter
berkenaan.
“Mangsa yang tinggal di flat Rimba Jaya terletak berdekatan landasan, mati di tempat kejadian kerana parah di kepala dan beberapa bahagian lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment