ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 6 June 2012

TAN SRI ABDUL KADIR LANCAR PARTI BARU "IKATAN" UNTUK ANWAR??


Bekas Menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan penubuhan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di mana beliau dilantik menjadi presiden sementara bagi parti tersebut.

Beliau merasmikan penubuhan parti tersebut di sebuah dewan di Hotel Palace of The Golden Houses di Seri Kembangan, pagi ini.

Kira-kira 200 hadirin hadir dalam majlis perasmian penubuhan IKATAN.

IKATAN dipimpin tiga timbalan presiden daripada pelbagai latar belakang antaranya bekas timbalan menteri pelajaran daripada Sarawak Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Swee dan bekas presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.

Manakala Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dilantik menjadi setiausaha agung parti ini. Sebanyak enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi.

Beliau mengibarkan bendera IKATAN -- yang memaparkan gambar dua tangan yang bersalaman dan berlatarbelakangkan warna biru dan kuning -- sebagai tanda perasmian penubuhan parti berkenaan.

Sebelum itu dalam ucapannya, Kadir berkata antara visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Antara isi kandungan amanah tersebut adalah rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam , Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga.

Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum.

"Sebagai ahli keluarga yang ikhlas kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin.

"Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia," kata Kadir yang membaca petikan amanah tersebut.

No comments:

Post a Comment