SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan
oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan
negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan
berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.
Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan
perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka
menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.
Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis
maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara
sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang
kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.
Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari
berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR
dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama
sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan
mahupun hak sesiapa.
SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan
negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan
kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan
agama Islam dan budaya Melayu.
Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini
begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya
dibicarakan di mahkamah Perancis.
Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung
DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya
membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari
Malaysia.
Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan
isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai
penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh
kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit. Lanjutan itu, SUARAM
juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah
Perancis.
Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini,
maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’
SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.
Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin
pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman,
dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat
Malaysia.
Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini.
Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan
memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.
Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses
mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.
Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke
sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.
Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar
untuk difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang
adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir
menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka
akhir-akhir ini.
Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan.
Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita
akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam
pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:
1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’ dalam
pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah
Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.
2. Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP
3. Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling
4. Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.
5. Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.
6. Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.
7. S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia
8. Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia
9. Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor
10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib
Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective
of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.
Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam
pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah
berlaku dalam pembelian scorpene.
Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan
bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang
matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.
Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk
menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah
pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka
No comments:
Post a Comment