ANIMSI

home

Followers


Wednesday 6 June 2012

MAHKAMAH BERI TEMPOH 20 JUN KEPADA ANWAR JAWAB ISU BISEKSUAL!!



 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Senator Datuk S.Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu.

Menurut laporan Bernama, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh selama dua minggu untuk menjawab pernyataan tersebut.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang didakwa telah mencemar nama baiknya melalui kenyataan bertajuk “Nallakarupan tuduh Anwar biseksual” yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata perkataan yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka enggan berbuat demikian.
Kemudian, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Nalla melalui peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah telah mengemukakan hujah-hujah pembelaan yang boleh dibaca di sini dan sini.

No comments:

Post a Comment