ANIMSI

home

Followers


Wednesday, 23 May 2012

SIKIT-SIKIT UMNO!! GILA DAH PAKATAN NI!!


SHAH ALAM – Umno menafikan ia atau Barisan Nasional (BN) terbabit dengan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mendirikan gerai di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga, hari ini dan esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebaliknya beliau meminta pihak terbabit menghentikan rancangan itu kerana itu bukan hasrat keseluruhan rakyat yang sayangkan keamanan
dan kesejahteraan.

“Terdapat aduan yang diterima berkenaan sensitiviti sesetengah pihak, khususnya berkaitan penjualan daging di kawasan individu yang tidak memakannya, selain bertindak kurang sopan dengan aksi menunjukkan punggung dan sebagainya.

“Umno dan BN menganggap perlakuan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan kebudak-budakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, rakyat tidak perlu terikut- ikut dengan perangai pihak yang mahu menghancurkan negara sedangkan negara ini mempunyai undang-undang.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyarankan konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang harus difahami semua,” katanya.

No comments:

Post a Comment