Khairy Jamaluddin menawarkan diri untuk memimpin Pergerakan Pemuda
Umno satu lagi penggal - bertanding mempertahankan jawatannya pada
pemilihan yang dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Kj menerajui pemuda Umno sejak Mac 2009 menyatakan hasrat beliau untuk kekal menerajui Pemuda Umno.
"Saya rasa, saya mahu menawarkan diri untuk satu lagi penggal sebagai
Ketua Pemuda (Umno)," kata beliau dalam reaksinya kepada seorang
pengikut akaun Twitternya.
Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan tahun ini, tetapi ditangguhkan selepas PRU13.
Pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Mac 2009, KJ menewaskan Datuk Mukhriz Mahathir dan Dr Mohamad Khir Toyo.
KJ yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen
Rembau melahirkan pendirian ini susulan ideanya agar umur penyandang
jawatan Ketua Pemuda Umno dihadkan 40 tahun.
KJ berhasrat membuat cadangan itu apabila melepaskan jawatannya kelak.
KJ yang satu ketika dulu yang pernah dikatakan terlibat dalam penggabungan kontroversi ECM Libra Capital Bhd dengan
Avenue Capital Resources Bhd yang merupakan aset kerajaan, menyebabkan
kelahiran syarikat ECM Libra Avenue Bhd. Dalam Disember 2005, beliau
membenarkan pinjaman oleh bebrapa pemegang saham ECM Libra Avenue Bhd.
Untuk membeli satu peratus saham syarikat pada harga 71sen bagi setiap saham.
No comments:
Post a Comment