Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru sahaja
melabuhkan tirai semalam dengan memperlihatkan aktor kacak, Aaron Aziz
muncul sebagai artis paling popular.
Sudah menjadi lumrah, dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis
anugerah itu akan ada pihak-pihak yang menjadi mata-mata untuk melihat
penampilan bagi setiap artis yang muncul pada malam itu.
Penyanyi muda, Najwa Latif sendiri tidak terlepas dari menerima
kritikan dari pelbagai pihak termasuklah peminat-peminat industri seni
tanah air.
Pada malam anugerah itu berlangsung, Najwa memperagakan pakaian rona merah jambu terang yang direka oleh Wan Huzairil.
Ditambah dengan pemakaian selendang berwarna kelabu berkilat di
kepalanya, penyesuaian itu tidak menaikkan seri atau tanda tarikan pada
dirinya.
Bukan itu sahaja, sewaktu penyanyi muda yang popular dengan lagu
Cinta Muka Buku itu membuat persembahan nyanyian bersama artis lelaki,
Black di atas pentas, para penonton sekali lagi terkejut dengan
penampilan ‘pelik’ Najwa.
Najwa dilihat memakai baju seperti ‘rompers’ berwarna merah terang
bermotif corak bunga warna hitam menampakkan fesyennya sedikit ‘keliru’
dan ‘kelam-kabut’.
Sejurus selepas persembahannya muncul bersama Black, ramai peminat
yang mengkritik penampilan Najwa di ruangan sosial Twitter yang
rata-ratanya tidak ‘berkenan’ dengan penampilan Najwa.
Selain itu, beberapa orang artis lain turut tampil memperagakan
pakaian yang pelik seperti Didie Alia yang diberi gelaran Lady Gaga
Malaysia dan Fifie Natasya yang merupakan pelakon baru dalam drama
Vanilla Coklat.
comel apa neelofa..najwa tu pun comel gak
ReplyDelete