ANIMSI

home

Followers


Monday, 9 April 2012

APA DAH JADI KEDAH!! BANGUNAN ARKID YAN..DAH JADI PUSAT"PROJEK" PARA REMAJA!!



“Saya sudah lali melihat remaja berkelakuan tidak senonoh di tingkat atas bangunan ini,” demikian luah seorang penyewa Bangunan Arkid Majlis Daerah Yan (MDY) di sini, Ang Bee Hwa, 54, yang didakwanya menjadi tempat pilihan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh.

Bee Hwa berkata, dia sudah menyewa sebuah premis di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu sejak 12 tahun lalu dan mendapati remaja atau pasangan kekasih sering menjadikan tingkat atas bangunan terbabit sebagai tempat mereka berasmara.


Menurutnya, dia bertambah geram apabila sering terhidu bau hancing dan terserempak pasangan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh itu di situ.


“Mereka menjadikan tangga tingkat atas untuk berdua-duaan kerana banyak premis di tingkat atas kosong dan jarang ada orang naik ke tingkat atas.


“Saya sudah lali dengan keadaan ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya.


Bee Hwa berkata, dia juga mohon kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggarakan bangunan terbabit yang didakwanya seakan-akan diabaikan.


Katanya lagi, penyewa di premis bangunan terbabit menghadapi beberapa masalah akibat bumbung bangunan yang bocor dan menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir sempurna mengikut saluran air di atas bumbung itu.


“Apabila hujan, air akan melimpah ke bahagian bawah dan kadang-kala menyebabkan premis berdekatan bumbung bocor terkena tempias air yang melimpah itu.


“Saya sudah maklumkan kepada PBT setiap kali membayar sewa bulanan premis ini, namun tiada tindakan diambil sehingga kini,” katanya.

2 comments:

  1. semua ni salah umno......bukan ke umno yg bina bangunan tu dulu..pas tak buat satu benda pun...kalu umno tak buat ..tak ada la kegiatan camtu...salah umno...salah umno...salah umno....umno yg salah...pas pula nak tanggung...umno memang salahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Berita dah keluar, kita tengok apa tindakan YDP Yan. Ahli Parlimen Yan jangan asyik berceramah sahaja. Majlis Agama Islam Yan pun takkan nak tengok saja. Mereka-mereka yang diberi kuasa jangan mengabaikan AMANAH.

    ReplyDelete