ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 25 April 2012

BERSIH:"HORMAT LA UNDANG-UNDANG"-NAJIB

  
   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kependekaran seseorang itu bukan diukur dengan bilangan seteru yang ditumbangkan, sebaliknya ia dihitung dengan kedaulatan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat negaranya. 

Beliau berkata, pendekar sejati tentunya memahami falsafah persilatan secara cukup mendalam dengan menggunakan akal fikir yang jernih lagi bening yang pastinya akan mendahulukan watannya apabila dikehendaki.
"Semangat kependekaran bukan terjadi dengan sendirinya...oleh itu saya amat sukacita apabila Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju memulakan gelombang kependekaran di beberapa negeri di mana kemuncaknya adalah pada malam tadi.

"Saya percaya pendekar semua menyokong padu gelombang ini dan saya yakin dan percaya saudara, saudari, pendekar dan perwira amatlah layak digelar
sebagai barisan ketiga pertahanan negara," katanya ketika merasmikan 'Malam Pendekar: Perhimpunan Pesilat Kebangsaan' sempena Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, yang juga Presiden
Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).
Najib berkata, kerajaan juga berbangga dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pesilat kerana akur dan menghormati peraturan dan undang-undang negara.
   
   Beliau berkata, satu daripada tiang seri negara ialah bahawa tertegaknya negara adalah kerana rakyat Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang,
bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa pesilat adalah sebaliknya.
Beliau berkata, perhimpunan yang berjaya menghimpunkan kira-kira 15,000 pesilat kali ini telah membuktikan bahawa pesilat adalah antara yang
mempertahankan kedaulatan dan undang-udang negara.
Malah, Najib juga sependapat dengan kenyataan Presiden Pesaka bahawa sekiranya pesilat boleh menghormati undang-undang yang mana akur apabila
diminta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menukar lokasi perhimpunan yang awalnya dijadualkan akan berlangsung di Dataran Merdeka,
mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan oleh badan-badan atau persatuan tertentu.
Tegasnya, menghormati undang-undang merupakan intipati kewujudan negara dan sekiranya sayang dan cintakan negara, maka tentunya mereka tidak ingin melihat huru-hara berlaku pada negara.

Perdana Menteri berkata, jika negara berada dalam keadaan terumbang-ambing tentunya akan menggugat kepentingan negara.
Katanya, kerajaan tidak mampu membiarkan perkara sedemikian daripada berlaku, malah untuk mencegahnya kerajaan telah membentangkan rang undang-undang di Parlimen untuk mengimbangi di antara hak asasi manusia, kebebasan individu atau sivil dan juga kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Najib berkata, itu merupakan prinsip yang sangat mulia bahawa kebebasan tidak boleh dianjurkan secara mutlak, dalam erti kata boleh berbuat sesuka hati tanpa memikir kepentingan masyarakat dan negara pada keseluruhannya.
 Beliau berkata, kebebasan sebegitu merupakan kebebasan yang akan membawa kepada keadaan yang mudarat kepada negara.

Najib menegaskan, bahawa apa jua yang hendak dilakukan mestilah ada perseimbangan antara hak individu dan juga kepentingan masyarakat pada
keseluruhannya.

"Oleh itu para pesilat telah menujukkan pada malam ini bahawa anda menyanjung tinggi prinsip yang mulia ini, tahniah saya ucapkan," katanya.
Beliau berkata masyarakat juga perlu faham bahawa negara mengamalkan demokrasi berparlimen, yang mana kuasa mutlak bukanlah menerusi laras senapang atau dihujung keris sebaliknya kuasa mutlak adalah di tangan rakyat.
"Penetuannya adalah sekali dalam masa lima tahun dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, segala kebaikan yang ada pada kesudahannya mestilah dipindahkan dalam bentuk sokongan melalui peti undi.
"Kerana itulah yang akhirnya akan mentukan siapa yang akan memegang kuasa mutlak dalam negara yakni pentadbiran negara dan kerajaan pada masa akan datang," katanya.

Untuk itu beliau menyeru supaya semangat kependekaran yang ada pada seorang pendekar perlu diterjemahkan di peti-peti undi untuk menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut dianugerahkan dengan anugerah pertama yang dilaksanakan Pesaka dengan gelaran Laksamana Negara atas jasa dan bakti dalam memartabatkan persilatan negara. - Bernama

No comments:

Post a Comment