ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 28 March 2012

PANAS!!!!!! NALLA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR!! ANWAR MERADANG!!




Nallakaruppan telah memfailkan saman fitnah kepada Ketua pembangkang iaitu Anuar Ibrahim Utusan bila lagi hendak memfailkan saman kepada Anuar Ibrahim pulak.
Saman Jangan Tak Saman 

KUALA LUMPUR 27 Mac - "Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul". Itu antara ugutan yang diberikan terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan oleh dua lelaki tidak dikenali, petang semalam. 

Ugutan itu diterima oleh Nallakaruppan hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap beliau dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual. 


Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa dia berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini, pukul 3 petang semalam. Beliau yang bimbang perkara buruk menimpanya dan keluarga, segera membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini pukul 12 tengah, malam tadi. 

"Dua orang mendekati saya. Dia orang kata 'awak tak usah cakap Anwar punya hal dan jangan bagi kenyataan akhbar'. "Dia orang menakutkan saya. Jadi saya sudah buat laporan polis. Saya buat laporan untuk keselamatan keluarga saya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul awal pagi ini iaitu selepas dua jam membuat laporan dan diambil keterangan. 

Menurut Nallakaruppan, selain diugut oleh dua lelaki terbabit, beliau turut menerima ugutan berkaitan perkara sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam. Pada 20 Mac lalu, Nallakaruppan membuat kenyataan mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Anwar yang juga bekas rakan karibnya itu sebagai biseksual dan disiarkan dalam Utusan Malaysia. 

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar melalui peguamnya memberi notis kepada Nallakaruppan mengarahkannya berhenti bercakap mengenai perkara itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam. Desakan Anwar bagaimanapun tidak diendahkan oleh Nallakaruppan, malah mencabar Ketua Pembangkang itu agar segera menyamannya. 

Sebagai reaksi balas, Anwar diwakili peguam, R. Sivarasa pukul 10.30 pagi semalam, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. kerana mendakwa memfitnahnya melalui kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment