ANIMSI

home

Followers


Tuesday 27 March 2012

PANAS!!! BAHAN KEMPEN PRU 13 DAP: DAP SERANG HAK ORANG MELAYU!!


Dato haron selepas peristiwa 13 may, telah menyusun strategi terbaik memantapkan kehidupan sosio ekonomi bangsa melayu.

DEB wujud selepas 13 may. ini hakikat dan tujuannya adalah mulia. menaik tarafkan kehidupan bangsa melayu tak kira dia umno atau pas asalkan ia selaras dengan peruntukan perlembagaan.

DEB adalah manifestasi perlaksanaan daripada peruntukan artikel 153. yang memberikan hak kepada kaum bumiputera tentang keistimewaan kuota dalam persetujuan kontrak sosial.

artikel 153 adalah jaminan hak kepada bumiputera. kenapa jaminan ini diberi ?

kerana orang melayu secara dasarnya telah bersetuju dengan syarat-syarat menuju kemerdekaan iaitu diberikan 'status kewarganegaraan' kepada bangsa lain.

maknanya kalau nak merdeka, melayu mesti setuju cina dan india dapat kewarganegaraan percuma dan pada masa yang sama hak keistimewaan melayu diperuntukkan dalam artikel 153.

kalau salah satu digubal,maka yang satu lagi perlu digubal juga. baru adil dan saksama.

ini adalah sistem barter yang telah melayu setuju untuk mendapat kemerdekaan. artikel 153 iaitu hak keistimewaan orang melayu diperuntukkan dengan syarat 'hak kewarganegaraan' percuma diberikan kepada cina dan india.

pada 27/10/2010 tony pua, ahli parlimen dap daripada PJU telah meminta agar diskaun perumahan bumiputera selangor dimansuhkan. alasannya supaya keadaan ekonomi nampak lebih kompetetif.

tony pua telah menyentuh hak keistimewaan melayu dan artikel 153 sepertimana yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.tony pua telah menyentuh kontrak sosial negara.

aku bersetuju dengan cadangan tony pua, tetapi cadangan pemansuhan diskaun perumahan bumiputera ini tidak adil jika hanya sebelah pihak sahaja yang kena.

jika diskaun perumahan bumiputera ini dimansuhkan, aku juga menyarankan agar status kewarganegaraan tony pua di tarik balik sebagai balasan terhadap cadangan beliau.

tony pua dan keluarganya boleh berambus ke tanah besar china,merempat kat beijing atau jadi penternak babi di ghuangzhou. kalau susah pergi jadi sekuriti guard kat jusco singapura. kau jadi PATI kat sana dalam tempoh 1 tahun,barulah kau tahu nikmatnya hidup di malaysia !-gap

No comments:

Post a Comment