ANIMSI

home

Followers


Tuesday, 27 March 2012

HOT !!! ZARINA DEDAH KISAH SEKSI DI BILIK !!!


KUALA LUMPUR – Pelakon dan model, Zarina Anjoulie yang pernah mencetuskan kontroversi kerana bergambar seksi di sebuah majalah di Indonesia tahun lalu akan mendedahkan kisahnya itu dalam rancangan bertajuk Bilik 7 siaran saluran ntv7 tidak lama lagi.


Menurut Zarina yang dikatakan bergambar seksi sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dadanya di majalah itu, dia turut menganggap Bilik 7 sebuah saluran yang mampu membersihkan namanya yang pernah menjadi tohmahan segelintir masyarakat negara ini.


“Saya tidak kisah apa orang hendak kata tentang saya. Saya bukannya menjual tubuh saya, sebaliknya ia adalah antara kerjaya saya. Semasa di Indonesia untuk fotografi yang dikatakan kontroversi itu saya dibayar sedangkan di sini saya tidak dapat apa-apa bayaran pun.

“Walaupun pada hakikatnya ramai juga artis di sini yang bergambar seksi tetapi ia tidaklah sekontroversi saya. Sekurang-kurangnya Bilik 7 memberi peluang saya membela diri dan para penonton boleh mendengar sendiri cerita itu daripada mulut saya sendiri,” ulasnya.


Zarina meluahkan komennya itu pada sidang akhbar Bilik 7 yang diadakan semalam di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya di mana rancangan terbaru terbitan Engku Azmin Engku Zaini yang diacarakan oleh Richie Rachman itu bakal bersiaran setiap Khamis 9 malam mulai 5 April ini.

Rancangan sebanyak 13 episod itu juga akan menampilkan ramai lagi selebriti terkenal bersama-sama cerita-cerita kontroversi yang pernah melanda mereka seperti Azwan Ali, Pian Cecupak, Radhi OAG, Raja Azmi Raja Sulaiman, Lisdawati, Mawi dan Gambit Saifullah. 


PENDEDAHAN EKSKLUSIF! KISAH SEBENAR DISEBALIK PENGUBAHSUAIAN PEJABAT PEMIMPIN PAKATAN SELANGOR!

Pelik sungguh permainan politik pembangkang.

Namun tiada apa yang sebenarnya pelik apabila Khalid Ibrahim mempertahankan kelayakan Hasan Ali mengubahsuai pejabatnya yang bernilai RM350 ribu. Mengikut Khalid lagi, adalah munasabah untuk Hasan Ali berbelanja ke atas pengubahsuaian pejabatnya kerana faktor usang. Pun begitu, nilai yang dibelanjakan adalah mengikut prosedur kerajaan negeri.

Kenyataan Khalid Ibrahim ini jelas memberi tamparan hebat kepada Azmin Ali, yang cuba untuk menjadikan nilai ubahsuai pejabat Hasan Ali sebagai modal untuk menghentam Hasan Ali.

Mungkin apa yang dibuat oleh Azmin Ali punya dasar dan maksud. Namun, tiba-tiba Khalid mempertahankan pula. Kenapa? Kerana perkara ini seharusnya menjadi rahsia di dalam rahsia pentadbiran kerajaan negeri. Ia hanya akan mendedahkan keburukan demi keburukan pentadbiran Khalid Ibrhim. Dan Khalid, tidak mahu Azmin menjadikannya isu kerana ia ibarat mencurah garam di luka. Khalid sememangnya maklum, cita-cita Azmin terhadap Selangor Darul Ehsan.

Peduli apa Azmin, malah, dia berada di dalam keberuntungan. ”Kills two birds with one stone”, itulah peribahasa yang terbaik bagi menterjemahkan strategi Azmin. Dengan satu isu, Azmin cuba memburuk-burukkan Hasan Ali, dan secara tidak langsung, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menjadi nakhoda Selangor Darul Ehsan yang sedang terhoyong hayang akibat anak kapalnya ibarat tikus membaiki labu.


SALAHUDIN AYUB MENANGIS LAGI...

Belum kering lagi airmata Salahudin menangis pasal isu Pas Kedah, kini Salahudin menangis lagi. Kalau dulu Salahudin gembira sampai menangis teresak2 kerana terlalu gembira bila krisis Pas Kedah kononnya dah berakhir. Tapi rupanya panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tak sempat tengah haripun, masih pagi lagi dah hujan ribut melanda. Siap petir dan halilintar lagi. Maka menangis lagilah si Salahudin mengenangkan nasib Pas. Sedih kan?

Itulah orang cakap, jangan takbur sangat. Haritu bukan main lagi pemimpin Pas pusat berkokok kononnya Pas begitu hebat menyelesaikan masalah. Kehebatan Pas pusat tu menunjukkan depa lebih bagus jika memerintah negara. Bukan macam Umno dan BN. Sekelip mata masalah Pas Kedah selesai, biduk berlalu kiambang bertaut kononnya. Ha sekarang amacam? Pas Pusat terdiam, Haramkah Daily langsung tak cerita Pas Kedah yang terus bergolak.

Phahrolrazi terus dengan sikap ego dia dengan buat tuduhan yang ada pihak ketiga nak jatuhkan dia dan mahu dia berundur dari pegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. Kenyataan terbuka dia disambut dengan penuh kemarahan Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang yang sifatkan tuduhan Phahrolrazi tak berasas. Katanya lagi bukan ada pihak ketiga tapi ada dua buah dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang menyokong usul supaya Phahrolrazi berundur. Haaa amik kau! Maksudnya, majoriti orang Pas Kedah tak nak si Phahrolrazi dan sorang lagi kawan dia tu. Tapi Pas Pusat sudah mintak jugak MB terima balik makhluk 2 ekor tu jadi exco. Bila kerajaan Kedah jadi Kerajaan Pas, itulah masalahnya. Depa tak tahu nak bezakan antara parti dan kerajaan. Tapi itulah ciri2 pemimpin dan parti politik yang akan jadi pemerintah kerajaan Malaysia nanti, itupun kalau rakyat 'tergamak' lah nak pilih...

Kepada Salahudin, sudah sudahlah menangis tu. Buruk sangat rupanya...

No comments:

Post a Comment