Kita tentu tersenyum apabila membaca laporan di bawah tentang kenyataan 2 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang merungut kelakuan wakil-wakil rakyat yang sering buat kecoh dalam Dewan Rakyat. Sila baca :
KUALA LUMPUR -- Aksi segelintir Anggota Parlimen yang sering membuat 'drama' pergaduhan di dalam persidangan tetapi kemudiannya berbaik dan berpelukan di luar dewan persidangan ditegur dua orang Timbalan YangDipertua Dewan Rakyat.Sinar Harian juga melaporkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yang turut membuat teguran serupa apabila Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) meminta agar diberikan tambahan masa untuk berbahas. Walaubagaimana pun, perbahasan itu menjadi kecoh dengan adegan tikam lidah sesama wakil rakyat.
Semasa sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja hari ini, enam anggota Parlimen ditegur kerana bertikam lidah dan menyebabkan perjalanan mesyuarat terganggu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat teguran itu dalam usahanya menghentikan pertikaman lidah antara beberapa Anggota Parlimen dan menasihatkan mereka segera berbaik dan tidak menunggu sehingga keluar dewan.
"Jangan pula di dalam dewan bergaduh, di luar dewan berpeluk pula," kata Wan Junaidi.
Sila baca :
Kiandee ketika menjawab permintaan Mohamad berkata: "Kadang-kadang bergaduh dalam dewan ini, nanti di luar dewan dia peluk cium pula... yang susahnya Speaker."MiM rasa kita sudah masak dengan aksi wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat. Tidak kira daripada BN atau pun pembangkang, Dewan Rakyat adalah tempat `tikam lidah` yang dibenarkan oleh undang-undang.
Isu anggota Parlimen "berentap di dalam, berpeluk di luar Dewan Rakyat" menjadi tumpuan umum apabila "drama tomyam" berlaku Khamis lepas di antara Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), yang kemudiannya berakhir dengan kedua-dua mereka berbaik apabila keluar dari dewan persidangan. - SH.
Yang membezakan kredibiliti seseorang wakil rakyat itu ialah content atau intipati hujah yang dikeluarkan dari mulut wakil rakyat tersebut.
Rakyat juga menilai wakil-wakil rakyat ibarat tin kosong yang hanya tahu buat bising dalam Dewan Rakyat.
Walaubagaimana pun, by the end of the day, wakil rakyat hanyalah manusia biasa. Bertikam lidah dan berbaik semula adalah asam garam politik. Malah dalam politik, hari ini seteru besok lusa mungkin duduk dalam parti yang sama seperti Kadir Sheikh Fadzir yang tidak sedar diri veteran politik senja.
Mungkin Lim Guan Eng DAP yang tidak dapat membezakan di antara politik dengan bukan politik. Kerana itu dalam perutusan beliau termasuk perutusan perayaan, Guan Eng masih menyelitkan politik kebencian dan angkat bakul sendiri.
dr MIM
No comments:
Post a Comment