ANIMSI

home

Followers


Sunday 19 February 2012

BN MENANG PRU 13 SEBAB HASSAN ALI??


Kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan Pas oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memberikan kelebihan buat BN
.
Memang di akui siri jelajah Dr Hasan banyak memberi faedah kepada BN, tetapi BN tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akan menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti.

 Tindakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan.
Memang tidak dinafikan siri jelajah bekas Exco Selangor tersebut, yang didakwa mampu mengumpul sehingga 15,000 orang pada satu-satu ceramahnya mengugat Pas.

Pas terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan batu loncatan sehingga BN berasa selesa kerana situasi PRU-13 adalah berbeza.

Memang sangat diakui isu yang dibangkitkan Hasan Ali akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu kerana parti lain tidak mampu membuktikan sepertimana umno.

pssssssssst: Pas dah mula menyalahkan orang lain sedangkan kesilapan mereka sanggup menjadi boneka pkr dan dap!! 

No comments:

Post a Comment