SHAH ALAM - Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan
memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air,
sebelum menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah
polis menyerbu premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin.
Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam yang
curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda
itu.
Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah
Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA,
Selangor, dijalankan, malam, kelmarin.
Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan.
“Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China,
masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis
serta tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun,” katanya
semalam.
Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil di
bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh
sindiket pelacuran.
Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran polis.
Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan pas
lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan
373 Kanun Keseksaan.
psssst: Mentang2 Hassan Ali dah tak jadi exco, tokey2 DAP naik tocang la sekarang kan? MB SELANGOR JANGAN DUK DIAM LA!!
No comments:
Post a Comment