IMOGEN bergambar bersama bekas bintang siri Hollyoaks, Danan, ketika mereka muncul dalam program Come Dine With Me.
LONDON: Kekasih gelap Ryan Giggs akan mendedahkan kepada umum yang hubungan sulitnya dengan pemain bola sepak Manchester United itu memberinya kemewahan dalam rancangan televisyen, hujung minggu ini.
Melalui program Come Dine With Me: Celebrity Special, Imogen Thomas,
model glamor itu bercerita bagaimana wang diberi Giggs membolehkan dia
membayar hutang dari semasa ke semasa.
Bekas peserta program realiti televisyen itu akan muncul selama sejam bersama bintang siri Shameless, Tina Malone; bekas aktor Hollyoaks, Paul Danan - yang digelarnya “gila” serta penyanyi era 1980-an, David Van Day.
Bagaimanapun, Imogen tidak menamakan Giggs dalam pengakuan itu serta
butiran lain, sebaliknya merujuk pemain bola sepak berkenaan sebagai
“skandal” dirinya serta sekadar “hubungan” sulit.
Sesetengah komen dalam siri berkenaan - dirakam sebelum Imogen dibebaskan daripada dakwaan peras ugut oleh Giggs - tidak akan disiarkan kepada umum kerana disunting.
Menurut Imogen, dia ditawarkan pelbagai peluang dan pada masa sama mempunyai beban kewangan yang perlu dilunaskan.
“Jika anda berada di kedudukan saya, apa yang akan anda lakukan?
“Adakah anda akan berlalu dan melupakan tawaran itu atau sebaliknya?”
katanya.
Kata Imogen, dia mempunyai beban hutang dan terpaksa terus bekerja untuk menyara hidup.
Apabila ditanya mengenai aspek moral, Imogen mempertahankan diri dan
berkata, seseorang tidak boleh menilainya sehinggalah mereka melalui apa
yang dialaminya.
“Memanglah anda akan cuba menahan, tetapi ia akan menjadi tidak terkawal.
“Saya cuma wanita biasa dan terpaksa berada di situasi begitu,” katanya.
Imogen berkata, dia juga menerima ugutan bunuh, selain terpaksa berdepan dengan petugas media yang berkhemah di depan rumahnya setiap hari sejak enam bulan lalu.
“Nampaknya saya melakukan kesilapan dan cuba meneruskan hidup seadanya,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment