Tak
habis-habis dengan serbuan. Boleh dikatakan setiap hari ada saja
serbuan yang dijalan oleh pihak Polis Pulau Pinang bagi membantras
kegiatan pelacuran yang bukannya semakin berleluasa tetapi sudah menjadi
hub yang terkenal di Malaysia. Walaupun tangkapan demi tangkapan dibuat
tetapi perniagaan ini masih berkembang pesat di Pulau Pinang. Satu kena
serbu..itu pun setelah berkali-kali kena serbu..sepuluh lagi tempat
baru akan dibuka bagi menggantikan tempat tersebut.
EP agak hairan bila
sebuah negeri yang Ketua Menterinya mengatakan mahu mencontohi
kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam membangunkan negeri Pulau
Pinang boleh membiarkan aktiviti maksiat sebegini dibiarkan terus
beroperasi tanpa sebarang halangan.. Pengusaha-pengusaha pusat hiburan
ini seolah-olah mendapat perlindungan daripada kerajaan negeri DAP
kerana mereka seperti tidak takut atau kebal daripada undang-undang
Apa
yang PAS buat selama mereka berpeluk cium dengan DAP dalam pakatan
rakyat di Pulau Pinang. Adakah PAS pasrah atau redha dengan kemahuan
DAP sehinggakan sanggup melihat anak-anak muda terutamanya yang beragama
Islam hanyut dengan hiburan yang disajikan oleh DAP??
GEORGETOWN
- Polis menahan tiga wanita warganegara China yang bekerja sebagai
pelayan pelanggan (GRO) berumur dalam lingkungan 22 dan 28 tahun dalam
satu serbuan di sebuah pangsapuri mewah dekat Bukit Dumbar di sini hari
ini.
Ketua
Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata,
serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Perjudian,
Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut
selepas intipan dibuat di premis itu sejak seminggu lepas.
"Hasil
siasatan polis mendapati ketiga-tiga wanita itu tinggal dalam bilik
berasingan dan cara mereka menjalankan operasi ialah pelanggan hanya
perlu membuat panggilan telefon untuk mendapatkan khidmat seks,” katanya
di sini hari ini.
Seorang
lelaki warga tempatan dipercayai sebagai pelanggan turut ditahan bagi
membantu siasatan manakala 60 keping kondom yang dipercayai untuk
kegunaan pelanggan ditemui. - BERNAMA
Tiap-tiap
hari ada je serbuan dan ada saja GRO dari China ditangkap..Agak-agaknya
Guan Eng ada buat perniagaan ternak GRO China di Pulau Pinang kot..tu
yang tak habis-habis...
GEORGETOWN: Polis
Pulau Pinang menahan lapan wanita warga China berumur dalam lingkungan
20-an yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Ops Noda di
sebuah pusat hiburan, Jalan Kedah dekat sini, semalam.
GEORGETOWN – Dua puluh lima pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang pemilik premis warga tempatan ditahan dalam satu operasi polis di sebuah pusat hiburan di Lorong Madras di sini, awal pagi tadi.Dalam operasi pada pukul 12.30 malam hingga 2 pagi itu, kesemua wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan ketika mereka leka melayan pelanggan masing-masing.
PULAU
PINANG 3 Ogos – Seramai 34 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) rakyat
China termasuk seorang penjaga lelaki tempatan bertempiaran lari apabila
pusat hiburan yang menjadi ‘sarang’ kegiatan tidak bermoral mereka
diserbu polis tengah malam tadi. Namun, cubaan GRO wanita yang
berpakaian menjolok mata termasuk salah seorang yang cuba menyorok di
sebalik timbunan kertas upacara keagamaan, tidak berhasil apabila mereka
semua berjaya dicekup oleh pihak berkuasa. Dalam operasi ‘Ops Noda’
selama empat jam bermula pukul 12.30 tengah malam di sebuah premis
hiburan di Pulau tikus di sini, 15 daripada GRO itu cuba melarikan diri
menggunakan laluan rahsia di tempat itu.
PULAU PINANG 25 Dis. – Meskipun tangkapan dilakukan hampir setiap hari, kegiatan warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini terus berlaku. Awal pagi ini, 47 lagi GRO dari Vietnam, China dan Thailand ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Jones di sini. Pusat yang sama pernah diserbu awal tahun ini dan beberapa kali tahun lalu. Namun, seperti kebiasaannya, selepas beberapa minggu serbuan dilakukan, ia akan beroperasi semula dengan menggunakan perkhidmatan GRO baru.
GEORGETOWN:
Berang dengan kehadiran sekumpulan jurugambar, seorang wanita warga
China yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) mengeluarkan kata-kata
kesat ketika cuba menghalang gambarnya dirakam apabila dicekup polis di
sebuah pusat karaoke di Persiaran Gurney, di sini, awal pagi semalam. Bagaimanapun,
tindakan agresif wanita itu yang menghalang jurugambar menjalankan
tugas berjaya dikawal anggota polis. Wanita itu antara 13 wanita warga
China dan seorang wanita warga Uzbekistan bersama 20 pelanggan lelaki
berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan kira-kira jam 12.15 tengah
malam semalam oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah
dan Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.
PULAU
PINANG 23 Feb. - Polis negeri ini kecewa dengan sikap pihak berkuasa
tempatan (PBT) yang seolah-olah tidak serius dalam menangani kegiatan
maksiat khususnya melibatkan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga
asing. Ketua Polis negeri, Datuk
Ayub Yaakob berkata, banyak premis hiburan tidak berlesen dibiarkan
beroperasi secara bebas dan ia dibimbangi menjadi sarang jenayah lain
seperti pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
..dan
banyak lagi...buka je surat khabar setiap hari..kalau tak jumpa hari ni
pasal polis serbu rumah pelacuran di Pulau Pinang, esok punya paper
confirm ada...
No comments:
Post a Comment