Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yakin bahawa
pilihanraya umum ke 13 tidak akan berlaku pada bulan Mac tahun ini.
Beliau dipetik sebagai berkata bahawa Perdana Menteri baru-baru ini
telah memaklumkan terdapat beberapa janji yang akan dipenuhi terlebih
dahulu sebelum membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses
demokrasi.
Selepas Malaysia menjalani proses demokrasi melalui pilihanraya umum pada bulan Mac 2008 lalu, spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung antara bulan Mac dan April tahun ini. Tempoh matang yang diperuntukan oleh undang-undang negara adalah sehingga Mac tahun 2013 sebelum dewan terbubar secara otomatis.
Khairy berkata bahawa antara janji yang dilontarkan oleh Perdana Menteri sebelum ini adalah untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang dianggap begitu penting dalam proses transformasi lanskap politik negara melalui konsep PTP. Begitu juga dengan penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU yang menjadi bahan jajaan segelintir pihak yang mahukan pembebasan institusi akademik serta mahasiswa.
Justeru itu, Khairy berpendapat bahawa sidang dewan parlimen seterusnya harus berjalan dan ia akan berlangsung sehingga bulan Mac nanti. Jadi, kemungkinan besar pembubaran parlimen tidak berlaku waktu itu. Namun, beliau turut mengakui itu semua (membubarkan parlimen) adalah terpulang kepada Perdana Menteri.
Khairy Jamaluddin berkata sedemikian sewaktu ucaptama program tertutup “Taklimat Khas Pilihanraya ke-13 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia” yang dihadiri oleh ketua-ketua, naib-naib ketua, penolong-penolong setiausaha serta pengerusi-pengerusi jentera gerak gempur Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian seluruh Malaysia di dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Turut hadir menutup majlis tersebut adalah Datuk Seri Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO.

Jambunya KJ ni.Sukanya aku pada KJ.
ReplyDelete