ANIMSI

home

Followers


Sunday 15 January 2012

PANAS!! MENGAPA PEMECATAN HASSAN ALI DILAKUKAN SECARA TERGESA-GESA SEBAB?

 
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam .
 
  Tetapi apa yang menghairankan adalah tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco. Seolah-olah perlu disegerakan dalam keadaan tergesa-gesa.
  
Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai  ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

apa kata Hassan Ali:
"Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco.
"Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di kediaman beliau di sini, hari ini.
Hasan turut memberitahu bahawa beliau telah menerima surat dari pihak istana berhubung pembatalan pelantikan beliau sebagai Exco.
Pada 9 Januari lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta.

psssssst: Memang ada agenda yang sangat disegerakan ke? dimanakah keadilan untuk Hassan Ali ini?

No comments:

Post a Comment